Thursday, June 2, 2011

Belajar Daripada Mereka..

09:38
Khamis
2 Jun 2011

Pagi itu, sedang termenung panjang di bilik (KMB nih). Merenung perjalanan masa yang sudah 2 tahun. Pejam celik, tarik nafas, cepat sungguh masa berlalu. Balik dari BTN petang itu, singgah di KMB sebelum berlalu pulang ke Kelantan keesokan hari. Bersama dengan beberapa orang sahabat yang turut kan pulang selepas itu. Kesunyian, memang tak dapat dinafikan.

Menikmati beberapa jam sahaja lagi yang berbaki sebelum masing-masing keluar dari KMB, bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Kan membawa haluan masing-masing. Dan hakikat yang perlu diterima, bahawa selepas hari itu takkan mampu lagi untuk berkumpul bersama. Kerna sedar bahawa semua jiwa yang ada kan tercampak dan bertebaran di serata Malaysia ini.

"Am, dalam masa 2 tahun kat KMB ni. Ko rasa masa mana yang pernah ko buat kesalahan dan ko teringat-ingat sampai hari ini?", seorang sahabat bertanya kepada saya.

Bertanya, untuk mengenal diri masing-masing sebelum perpisahan terakhir...

Fuhhh...
Berat sungguh soalan itu. Cuba menyingkap kenangan silam selama 2 tahun kebelakangan ini...

Ya, saya sendiri punya kesilapan yang sampai hari ini, bila difikir kembali memang terus menghantui saya...

Teringat pesan sang murabbi yang pertama,
"Aku lebih suka korang buat mistake, semoga dengan mistake tu korang boleh belajar benda yang sebenar."


[Sighhh]


************************************


Malam itu adalah satu malam yang agak asing. Bukan seperti malam-malam kebiasaan. Masih teringat mesyuarat itu di belakang surau. Membincangkan gerak kerja kelab yang akan dilaksanakan sepanjang Semester 2 di KMB. Program terkini, akan mengadakan sebuah program motivasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang.

Dan segala AJK terpenting dilantik pada malam itu. Dan saya, dilantik sebagai 'project manager'.

Jawatan itu diterima dengan agak berat. Walau sebelum ini pernah berkerja dengan konsep yang sama semasa menganggotai badan pengawas di SMACH, tapi entah kenapa tugasan yang diterima pada malam itu terasa sungguh berat.

Masih ingat saya berkira-kira dengan kesibukan yang ada pada awal tahun 2010. Manakan tidak, saat itu semua pelajar sedang sibuk untuk mencari 'Research Question' untuk 'Extended Essay' sepanjang 4000 patah perkataan, sibuk dengan mencari idea untuk 'Internal Assessment' bagi subjek 'ITGS'. Semuanya sibuk dengan benda-benda penting dalam IB.

Dan mula dari saat itu, saya mula membuat sedikit sebanyak kesilapan. 

Masih teringat benda pertama yang saya silap ialah dari sudut memikirkan pelaksaan program itu sendiri. Dua tiga hari saya merancang seorang diri tentang program itu. Dan permulaan tentang perancangan program itu sendiri telah menjadi satu langkah pertama yang memberi impak terbesar. 

Apa?

Ya...
Saya hanya terfikir tentang hari program itu sendiri. Perkara pertama, saya susun segala jadual untuk untuk hari program motivasi itu. Saya rangka tentatif program. Kemudian saya rancang pula mesyuarat mingguan akan diadakan untuk membincangkan tentang program ini.

Jadi, dua kesilapan telah saya lakukan pada langkah pertama, iaitu:
  1. Merancang tentatif (jadual) program motivasi SK Bukit Changgang
  2. Merancang plan untuk mengadakan mesyuarat mingguan bagi membincangkan program ini. 

Jadi, Am? Apa kesilapannya....

Nak tahu kesilapannya?

Semasa meeting pertama untuk membincangkan program itu. Saya bentangkan idea kasar untuk jadual bagi program itu. Tentang namanya dan pelbagai lagi.
Kesilapaannya?

Seorang 'sister' bertanya kepada saya, "Bagaimana dengan objektif program ini?"

Dan jawab saya,"Takpe, yang itu kita tinggal dulu, nanti bincang lain kali!"

Nah, itulah kesilapannya. Saya telah menjadikan program motivasi ini sebagai program-oriented, bukan objective-oriented. Hanya kerana program yang sama dilakukan saban tahun oleh para senior sebelum ini, maka saya buat juga. Tapi dengan pemikiran bahawa, "Kita patut buat sebagaimana mereka telah buat".

Sedangkan, yang patut disemat dalam fikiran ini adalah 'Begin with the end in mind'..

Bermula dengan segala-galanya sudah lengkap dalam minda ini, maka segala penyusunan aktiviti akan menuju kepada objektif yang ingin dicapai. Tapi, silap. Rangka program dulu, baru fikir objektif. 

Hinggakan kesilapan yang terbesar adalah dengan penyusunan waktu aktiviti pada hari itu. Masih teringat, aktiviti yang akan diadakan sangat tepu dengan masa yang ada. Bayangkan program hanya sehari, bermula seawal jam 8 pagi, kemudian kan berakhir jam 5.00 petang. Sebanyak 6 LDK (Latihan Dalam Kumpulan) telah saya adakan. Banyak tu, untuk program yang sekadar dalam masa satu hari. Memang pada hari program agak berterabur. 

Dan kesilapan lain, terlupa segala penat lelah mereka yang berjuang bersama dengan saya dalam kelab itu. Terlupa susah payah seorang setiausaha program dalam membuat kertas kerja. Terlupa namanya yang dilakar pada penghujung kertas kerja menandakan sumbangannya yang terbesar dalam menyiapkan urusan birokrasi itu sendiri.

Hinggakan saya tergamak memadam namanya daripada kertas kerja, dan saya ganti dengan nama saya sendiri pada ruangan 'Disiapkan Oleh'. Semuanya kerana sedang bekerja dengan penuh emosi amarah setelah serabut dengan karenah birokrasi yang terlalu terperinci. Dan tindakan saya itu ternyata telah menghancurkan hati seseorang. Tumpahnya air mata seorang insan yang bernama wanita kerana perbuatan saya itu. 
Phewwww....


********************************


Sekali lagi, andai ada antara mereka yang bertanya pada saya tentang kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan semasa di KMB, inilah jawapannya. Menjadi pengarah program motivasi yang diberi nama 'Hold My Hand' yang telah diadakan di Sekolah Bukit Changgang pada 3 April 2010 itulah kesilapan yang terus menghantui saya sehingga ke hari ini. 

Terasa amat bersalah kerana menjadikan medan dakwah ini sebagai program-oriented, bukan objective-oriented. 

Terasa bersalah dengan sahabat-sahabat yang berjuang bersama dalam Guidance and Counselling Club (GNCC) batch 0911. Terasa bersalah kepada medan dakwah ini kerana GNCC bukannya sekadar sebuah kelab, tapi salah satu daripada kelab-kelab yang berjuang dengan wadah sendiri dalam medan dakwah KMB selain daripada Humanity for Palestine(HOPE) dan Islamic Arts Club (ISAC). 

Mungkin kerna saat saya menjadi 'project manager' program ini, kematangan saya sendiri dalam jalan DnT masih terlalu muda. Masih sebagai tunas yang selama ini dipimpin, dan masih belum memimpin. 

Ibrah-nya (Pengajaran)?
Kesilapan yang saya lakukan dalam memimpin GNCC untuk program ini saya jadikan sebagai satu peringatan utama untuk bergerak dalam lapangan DnT di KMB itu sendiri. 

Sehingga hari ini, masih terasa impak kesilapan itu. Masih terasa rasa bersalahnya pada mereka yang terlibat dengan program ini baik kepada pihak penganjur dan fasilitator mahupun  para peserta itu sendiri. 

Andai ada yang sahabat seperjuangan yang terbaca post ini, maafkan saya. Mungkin perkataan maaf yang diluahkan semasa sesi 'post-mortem' masih belum mencukupi. Ya, memang takkan dapat menebus kesalahan ini. Kerana yang merasa impak terbesar dan kesan daripada kesilapan saya ini semestinya para peserta program itu sendiri, yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPSR SK Bukit Changgang. 

Sekali lagi...
Teringat pesan sang murabbi yang pertama, 
"Aku lebih suka korang buat mistake, semoga dengan mistake tu korang boleh belajar benda yang sebenar."

Dan kesilapan ini adalah guru yang mengajar saya bertatih di jalan DnT...
InsyaALLAH...


Bersama dengan pihak brothers dan Ustazah Mardhiah yang menjayakan
'Hold My Hand'



Terasa bersalah dengan mereka yang menjadi mangsa keadaan..



Abe Am @ Ikram Mohd Noor

2 comments:

Hamba Ilahi said...

AM MANTAP3.. HO3 :p

SEMOGA TETAP DIJALAN INI. JUMPA DI LAIN MASA :)

JZKK UTK APA2 TUNJUK AJAR

Abe Am said...

korg ag mantap...

kan kita pegang pada konsep piramid, makin ke bawah makin besar...

hehe

^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...