Wednesday, May 5, 2010

Apa Yang Kita Sokong?

11:49
Wednesday
5th May 2010


Kisah 1


"Kita mesti balik kepada Islam. Jangan saling kutuk-mengutuk antara satu sama lain dalam memancing pengundi kita. Jangan berhasad dengki antara satu sama lain.", tegas seorang calon Y dari Parti A...


"Hek eleh, parti dia tak memperjuangkan Islam pun. Tapi ada hati nak bercakap pasal Islam. Balik cermin diri dulu laaaa!!!!",bangkang seorang calon X yang datang dari Parti B.


Mungkin berasa si calon Y tak patut menasihati orang lain kerana partinya tidak memperjuangkan Islam. Tambahan pula Parti A yang diwakili oleh tidak mempunyai mana-mana perkataan Islam pun dalam partinya. 
Mungkin itulah yang difikirkan oleh si calon X.
Bangga dengan partinya yang memperjuangkan Islam. Ditambah lagi dengan partinya yang bernama ala-ala Islam...


Kisah 2


Suatu petang di Kolej Z...


"Bro, aku nampak engko bergurau dengan perempuan ada ter'lebih' sikit dalam kelas tadi. Jangan camtu, engko kan seorang naqib...", tegur seorang 'mat rock' kepada kawannya, yang cukup terkenal dalam kredibiliti memperjuangkan isu Islam di kolejnya...


"Ala, engko nak nasihat aku? Usrah pun tak join. Hadis Rasulullah pun takde dalam kepala! Al-Quran pun tak tau ke mana... Aku tau la apa aku buat.", jawab si ikhwat.


Mungkin terasa tercabar kerana yang menasihatinya itu bukannya seorang naqib, tidak pula join mana-mana usrah. Ditambah pula dengan seorang yang terkenal di kolej dengan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang 'mat rock'... Bukan pula geng kaki surau...




***************************************************************************


Dalam dua kisah di atas...
Bukan rekaan semata-mata, tapi itulah realiti hari ini...

Dalam kehidupan kita, tidak mungkin kita sebagai hamba Allah yang lemah ini mampu terlepas daripada melakukan sebarang dosa...
Dan sering kali juga kita akan ditegur oleh sahabat-sahabat di sekeliling kita...
Adakalanya kita menerima teguran itu, dan adakalanya juga kita tolak...

Bila difikirkan balik..
Apa yang menyebabkan kita tolak nasihat-nasihat yang ikhlas itu?
Kerana yang memberi nasihat itu bukan seorang ustaz?
Kerana yang menasihati kita itu bukan seorang naqib?
Kerana yang memberi nasihat itu adalah seorang yang tidak membawa mana-mana usrah?
Kerana dia adalah parti politik yang tak sehaluan dengan kita?

Hmmm...
Jadi, di sinilah kita mula membuat satu masalah...
Masalah tentang diri kita sendiri...

Adakah kita menerima nasihat adalah kerana orang yang memberi nasihat itu?
Walaupun dia memberi sesuatu yang salah, tapi disebabkan dia adalah yang 'sehaluan' dengan kita, maka dengan begitu keras sekali kita akan mempertahankan pendapatnya itu?
Sehingga sanggup menjadikan dalil al-Quran dan hadis dan memanipulasikan pula sumber terhebat ini semata-mata untuk mempertahankan golongan yang 'sehaluan' dengan kita ini?

Dalam erti kata yang lain...
Apabila seseorang yang bukannya ahli surau...
Pakaiannya pula adalah seluar slack, dengan baju t-shirt, dengan jam tangan besi menghiasi pergelangan tangan, maka kita tolak nasihatnya?
"Engkau tak layak bercakap pasal Islam?"
Mungkin itulah yang terdetik di hati kita..
Nauzubillah...

Maka adakah kita meletakkan seseorang yang layak menasihati kita dan orang lain, dan mengajak mereka mestilah seorang ustaz?
Mestilah yang pakaiannya berjubah, berserban, janggut menghiasi dagu?
Mestilah seorang yang mempunyai sijil dari al-Azhar?
Tak pun koman-koman seorang yang mempunyai tauliah?

Kesimpulannya...
Andai kata kita ini dinasihati oleh orang sekeliling kita...
Maka lihatlah dan telitilah pada nasihatnya...
Bukan pada orang yang memberi nasihat...
Mungkin yang menegur pergaulan kita dalam kelas hanyalah seorang manusia biasa, maka kita tolak nasihat itu?

Walaupun yang salah itu dikeluarkan oleh orang-orang agama, ia tetap akan salah...
Walaupun yang benar itu dikeluarkan oleh bukan orang agama, maka ia tetap akan benar...

Kerana?

Rasulullah SAW berkata:
"Yang benar itu jelas dan yang haram itu jelas..."
(Boleh lihat dalam salah satu hadis dalam Hadis 40 Imam Nawawi, maaf tak ingat hadis ke berapa)

Terimalah nasihat yang benar kerna ia adalah benar...
Dan tolaklah yang salah itu kerna ia adalah salah...
Jangan pula disandarkan tahap kebenaran nasihat itu terletak pada orang yang memberi nasihat...

Salam perjuangan menegakkan kebenaran...
Buat diri ini...
Dan juga untuk sahabat-sahabat tercinta...
InsyaALLAH....

Tegakkan kebenaran kerna ia memang benar, bukan lihat pada siapa pemberitahu.

Abe Am @ Ikram  Mohd Noor

2 comments:

melintangpatah said...

hebatnye abe am...nk jemput bui tazkirah la mcm ni...bilo agak2 free ni??

Abe Am said...

panggil ayie ar... ngeh2.
takpun diri sendiri pun rasanyer boleh kot...
(>_<)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...