Monday, July 19, 2010

Bezanya Ia Dengan Yang Lain...

01:24
Sabtu
17 Julai 2010

Celik sahaja mata di pagi ini...
Terus tersedar bahawa hari ini akan menjadi satu hari yang sangat hebat...
Sangat-sangat hebat...
Rantaian itu akan diteruskan oleh mereka, KMB Year 1 Students...
Dan semakin tersedar bahawa diri ini sudah pun berada di tahun 2...

Kira-kira dalam 30 orang penerus perjuangan ini berkumpul di surau An-Nur...
Dengan semangat yang membara..
Dan hari ini saya juga merasakan satu lagi kemanisan ukhwah...
Kami ikut program, tapi tiada satu pun wang ringgit mahupun rupiah yang akan dikeluarkan...
Fully sponsored, bak kata orang Jawa... ^ ^
Dan sebentar kemudian, sahabat ana dari luar datang...
Dengan lebih kurang 5 buah kereta, kami terpaksa bahagikan kumpulan ini kepada 2 kumpulan..
Yer la, ada dalam 30 orang yang ikut...

Dan pada hari ini juga...
Diri ini sendiri belajar satu lagi erti sebuah perjuangan yang tak kenal henti...
Bertolak ke lokasi program dalam pukul 9 pagi...
Namun saya sendiri terpaksa pulang KMB pada pukul 1 ptg...
Sebab kelas IELTS akan bermula dalam pukul 1.45 petang...
Dan sesudah ajer kelas IELTS pukul 5.30 petang...
Saya kembali ke tempat program...
Sekali dengan sahabat yang lain; Aiman dan Khairul Hafiz...
Mungkin memenatkan, namun kepenatan itu hilang dek manisnya berukhwah...

Program tamat kira-kira malam...
Dalam pukul 10 malam...
Namun apa yang cukup menarik bagi diri saya sendiri...
Adalah sesi self-reflection...
Ramai yang turut menyumbangkan idea yang cukup bernas...
Namun apa yang paling menarik ialah tatkala seorang daripada mereka menulis:

"...Sering kali saya menyertai program sebegini. Namun, saya sedar program sebegini hanya akan membuatkan diri ini terbakar dalam masa '5 minit' sahaja..."

Satu self-reflection yang terus dari hati, mungkin...
Namun, ISK bukan seperti caramah motivasi lain...
Yang pengakhirannya adalah sesi untuk menangis...
Mengenangkan pengorbanan ibu bapa...
Mengenangkan itu dan ini...
Dan kita sama-sama menangis...

ISK adalah satu pencetus tenaga baru yang selama ini tersembunyi di dalam diri kita...
Membaiki pemahaman kita yang sebenar terhadap Islam...
Yang akan memberi jawapan kepada diri ini mengapa kita mahu menjadi orang yang baik...
Dan membuka minda terhadap maksud islam yang sebenarnya...
ISK bukan untuk pembakar semangat dalam masa 3 hari atau 4 hari sebagaimana ceramah motivasi...
Tapi ISK adalah pembakar semangat untuk selama-mananya, InsyaALLAH...

Dan kerana ISK juga aku turut mula berkenalan semula denganNya...

Untuk sahabat-sahabat Year 1 KMB...
InsyaALLAH...
Doakan kami agar terus thiqah(setia) di jalan ini...
Dalam usaha membina diri kita bersama...
Dan kami di sini...
Turut akan meneruskan perjuangan ini...
Sebuah pejuangan yang tak kenal henti...
Sebuah perjuangan yang tiada penghujungnya...
InsyaALLAH...

Dan KMB turut mendapat nama baru...
Kolej Muslim Brotherhood...
Semoga nama ini...
Akan terus menjadi minyak untuk membakar api kita ini...
InsyaALLAH...
Doakan bersama...

Salam penyambung perjuangan...
Buat sahabat-sahabat dan diri ini..
Semoga terus setia di jalan ini...
Bukan sehari dua...
Dan bukan juga untuk setahun...
Tapi untuk selama-lamanya..
Sampai bila-bila...
Doakan...

3 comments:

Anonymous said...

akhi, ana pinta jaga betul-betul hubungan kita dengan Allah k. kerana hanya hubungan du'at yg kuat dgn Allah yg bisa menatijahkan hubungannya yg baik dgn umat, yakni kejayaan dlm da'wah kita.

sampaikan pesan ni pd kawan-kawan yg lain ye. muga antum thabat.=)

love always,
Muhammad Fazli Abdullah

ahmad fahmi said...

am, kami mnyokong dari belakang
bukan hanya dengan doa tapi dengan fb,menyibuk2 dalam hidup budak2 year 1 tu...huhu

pape pun bergeraklah dgn kefahaman yg betul2
kalau x faham tanya, sebab biasalah, setahun dalam tarbiyah masih sgt2 awal untuk jadi penggerak, hanya pembentuk mungkin

eh faham ke apa aku tulis? xpe lah.
doa-doakan yg terbaik untuk da'wah kita kat kmb inshaAllah.

Abe Am said...

insyaALLAH...
segan ah fazli pun ada di sini...
^^

er, papepun...
doakan kami...
seram sejuk pun ada...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...