Wednesday, October 26, 2011

Bukan Umpama Mee Megi Yer!! Bukan Cepat Dan Siap!

21:13
Selasa
25 Oktober 2011
11degree Celcius
Olomouc, CZ.



oh my lovely+beloved+poojaan-hatiku malaysian-facebookers..
mengapakah begitu?

nampak fakta2 ala2 islamik sikit, terus di-like, terus di-share..
terus di-tag 50 hingga 60 orang. disebar kepada umum..
sahih tak sahih?
belakang cerita...

why? why?

penyakit fb terbaru selepas addiction ialah penyakit nak ilmu cepat, dan siap segera..
tanpa rasa rajin nak pergi belek 'muka buku' yang sebenar, yang ditulis berjilid-jilid oleh ilmuwan sebenar yang pakar dalam bidang masing2..

mengapa? mengapa?

nak ilmu pasal islam? pasal dunia islam?
gi bukak buku2 sebenar, jangan mengharapkan 'Muka Buku'...
ilmu yg pure bukan mampu ditagih dalam semalaman dengan baca 1 2 artikel dari blog2, dari status2 FB...
tapi ilmu yg pure yang menjamin maruah islam digali dari buku2 yang sebenar..

nak ilmu hadis, baca buku yg ditulis oleh pakar hadis..
nak ilmu dunia islam, rujuk banyak2 akhbar dan bukti2 yang sahih dari media yang benar..

faham ke?
ke tak?
ke camne?


Sesuatu ilmu (knowledge) itu bukan difahami dengan sekadar membaca sebuah buku

Abe Am @ Ikram Mohd Noor

Tuesday, October 11, 2011

Bukan Tak Ambil Berat...

10:30
Selasa
11 Oktober 2011
Olomouc, Czech Republic.


Sudah sekian lama tidak saya menulis di sini. Bukan kerna tidak mahu menulis, tapi kerna kekangan masa yang ade sekarang.

Perlu fokus sejenak, kerna masalah visa yang delay selama 2 minggu menyebabkan saya tiba di Olomouc agak lewat, 2 minggu kelas sudah bermula.

Dan saya?
Err, maaf. Dan kami ber-enam, agak busy sedikit kerna perlu meluangkan masa untuk cover balik kelas yang tertinggal selama 2 minggu. 2 minggu bai...

InsyaALLAH, akan kembali lagi selepas ini. Cuma sekarang mengaktifkan diri sejenak melalui 'mini-blogging' di Facebook.

Sibuk study, tapi jangan jadi penghalang kepada sibuk DeeEndTee..

Tuesday, September 6, 2011

Bukan Lagi Tentang Halal Atau Haram...

08:20
Selasa
6 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Renung, lihat, tapi jangan rasa..Hehe


STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. 
Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan 
Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). 
Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. 
Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut....
TLG SEBARKAN KEPADA ORG MUSLIM YG LAIN


Saya kira mesej ini menjadi hangat selama beberapa minggu baik di Facebook, Twitter dan juga henset. Ternyata, ramai yang mempercayainya walau memang telah nyata ada unsur 'sanad' yang lemah pada tahap 'perawinya'. Disebarkan melalui facebook, menjadi isu hangat di internet hingga ramai bloggers yang menulis dan memberi peringatan tentang haramnya kopi dan minuman di Starbucks ini, yang menjadi kegilaan sesetengah daripada kita. Hingga JAKIM sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi(DI SINI) bagi menjawab 'fitnah' ini

Elehhh, Am. Takkan isu dah lapuk ni baru nak bincang?

Tak. Tak. Saya bukan nak bincang tentang isu kesahihan fakta, mungkin bab itu perlu ditulis dan dibincangkan di catatan lain. Cuma saya tertanya-tanya mungkin ada isu besar yang lebih perlu dititik beratkan berhubung tentang Starbucks itu sendiri. 

*Woooosh, apesal tiba-tiba gaya bahasa skema nih?

Bukan lagi tentang halal atau haram...

***********************************

Kehangatan isu Starbuck ini yang meletop selama beberapa minggu turut mengheret saya  ke beberapa perbincangan tentang halal atau haram nyer Starbcuks ini.(cewah, bajet giler punyer ayat). 

Jawapan saya senang jer. Andai Starbucks tetap halal pun, memang saya takkan masuk pun ke kafe ini sebab selain daripada isu boikot yang meletakkan kedai kopi femes ini salah satu daripada benda yang perlu diboikot, harga makanan dan minuman yang dijual terlalu mahal..

Walaweyh, siyes mahal. Takde duit den nak masuk kedai cenggitu, semata-mata nak beli secawan kopi ais lemak berkrim dengan harga RM10.00 tunai. Buat hape? Air kosong kat umah lagi best kot. 

Saya kira, ramai yang berkata nak tolong islam. So, jangan cakap ajer. Meh ler kiter belanjakan duit kita yang sehari-hari kita dapat tu untuk ekonomi umat islam. Kata  nak jihad ekonomi kan?

Hmmm...
Daripada anda belanjakan not-not merah dalam dompet/beg tangan anda itu di kaunter-kaunter Starbucks, ade baiknya diguna untuk makan-makan di warung-warung biasa jer tambahan pula tabung-tabung Aqsa Syarif dan tabung untuk umat islam di Somalia masih kosong lagi kan? RM10 kot, kalau makan di kedai makan biasa, saya dah boleh order 2 mangkuk mi rebus dengan 2 gelas teh ais limau siap untuk belanja member lagi. Gerenti, pahala pun dapat sebab belanja member. Lebih-lebih lagi dalam beberapa hari ni kita dah nak mula puasa 6 hari, jadi, belanjakanlah duit anda dengan penuh sopan bergaya di kedai makan yang dimiliki oleh orang islam. Nak best lagi, belanjalah sape-sape yang puasa sunat sekali dengan kita tu. 

Agak membazir bagi saya jika saya nak belanjakan wang saya dengan banyak semata-mata nak membeli kopi sedangkan saya boleh dapatkan menu lain yang lagi baik dengan harga yang sama malah siap dapat 'complete set' lagi, makan dan minum. 

Suka wahhh sukernyerr untuk saya luaskan pandangan ini, jangan lihat dari sudut kafe yang bernama Starbucks ajer, same juga dengan 'premis yang setaraf' dengannya. Mengapa sanggup menghabiskan berbelas ringgit semata-mata nak dapatkan burger yang saiznya hanya sebesar tapak tangan kita?

Kesimpulannya, moh ler kiter suma nih gi penuhkan premis-premis 100% dimiliki oleh umat islam. Kedai mamak pun hak milik orang islam jugak. Kalau kat Kelantan memang bersepah kedai makan yang dibuka oleh orang islam itu sendiri, dan memang kat Kelantan takde kedai mamak sebab orang Melayu yang bukak warung-warung di tepi jalan. Rasa kalau kedai mamak kat Kelantan hanya ada satu di depan KB Mall. Memang lepas tu saya tak jumpa lagi kat mana.
(Haiseh, tiba-tiba borak sal warung kat Kelantan.)

Kalau sekali sekala rase kepingin sangat nak makan KFC, McD, ade jer alternatif lain. Kalau kat Kelantan, Muzdalfa Fried Chicken (MFC) sedang bersaing dengan hebat dengan premis KFC di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kat tempat anda semua ade jer RADIX Fried Chicken kan?

Tentang MFC, saya dah try sekali. Harga pun murah. Ade set yang harganya cuma RM7.90 dan anda boleh dapatkan dengan cukup lengkap, makan dan minum.

Jihad ekonomi? Anda yang menentukan kejayaannya..
Membazir pun dapat dielakkan...

Tengah2 bandar KB nih...

Abe Am @ Ikram Mohd Noor

Wednesday, August 17, 2011

Arakian Tersebutlah Satu Hikayat Yang Bernama "Mudahnya, Terus Dapat?"

16:30
Selasa
17 Ogos1453
Pelabuhan Melaka (Zaman silam, bukan zaman pemerintahan Dato Najib)

Arakian cuaca petang itu di Selat Melaka umpama hari-hari lain, tiada sebarang perubahan di langit yang kan menunjukkan panduan hari itu berbeza dari hari-hari yang lain. Nun jauh di sana, sebuah kapal layar bersaiz XL sedang menggulungkan layarnya, kan berlabuh di pelabuhan Melaka. Pelabuhan Melaka, insan mana yang tidak kenal, satu titik pertembungan antara dunia Barat dan dunia Timur bersatu di tengah-tengahnya, menjadikan pelabuhan ini antara pelabuhan ter-busy mengalahkan student IB bergelut dengan Extended Essay, ToK, CAS, IA dan bla333 yang wujud di dunia silam ini.

~Syuhhhhh~(bunyi angin)
*gitu yerk?

Kapal itu sedang berlabuh, kaki pemungut cukai sedang sibuk berkira-kira tentang cukai yang bakal dikenakan. Dari manakah datangnya kapal ini? Sungguh aneh seni binanya. Dari Ryukyu kah? Dari China kah? Dari Majapahit kah? Dari Langkasuka kah? Adjeh? Takkan jiran sendiri datang tak bagi 'hint' langsung, at least hantar la poskad kat Tuan Temenggung ke, Laksamana ke, kalau nak sopan lagi bergaya lagi awesome buat post laju direct ke Sultan Melaka.

"Ana datang dari Arab lahh..", si pedagang memulakan bicara sebaik turun dari kapalnya.

Lepak2 atas kapal..


"Ya incik syeikh, sekarang sudah masuk waktu asar lahh.. Ana rasa baik kita semua pegi solat asar lah..", seorang hamba kepada si pedagang menyarankan idea. Pedagang beriman, sentiasa menjaga solatnya agar di awal waktu..

Arakian beramai-ramailah sang pujangga dewa Arab turun dari kapal itu dan pergi ke gigi air di tepian pantai nan indah itu. Maka, berwuduklah mereka. Nun di jauh pelabuhan, berpeninglah orang Melayu dan sekian ramai yang sedang berada di pelabuhan Melaka.

"Apo kono eh jang sumo ni cam tak pernah main air pantai jer nih?", bicara Usu Dollah yang dari tadi sedang lepak di kedai kopi atap rumbia di persisir pantai.

"Tok tahu ambo, satu kapal turun gi main air pantai. Mandi pun dok, berenang pun dok. Buleh nyo dok main celup-celup muka, sentuh air gitu deh?", sampuk Awe Mamat selepas menghirup kopi hijau import dari China mali punyer maaa...

"Ana fenin nengok suma dok usha kita sejak dari tadi lah.. Antalah jadi imam.", kata si pedagang Arab kepada member sedagangnya usai mereka berwuduk di pantai sebentar tadi.

Sebaik takbir pertama diangkat, nun di tepian sana, semakin ramai yang datang melihat. Jika seberapa titisan air yang lalu, pelabuhan Melaka sedang sibuk dengan urusan jual beli rempah-ratus, kain sutera dari China, bisnes kayu jati dari pedalaman hutan Melaka, dan berbagai lagi dengan bisnes jual beli yang maha sibuk seswai dengan title Pelabuhan Melaka sebagai 'pelabuhan entrepot', tapi sekarang semuanya terhenti. Tehenti! Semua yang sejak tadi sibuk bargain-berbargain tentang harga, meninggalkan urusan jual beli, bergegas ke tepian pantai. Andai tadi lepak-lepak minum kopi seperti Awe Mamat dengan Usu Dollah, pun bergegas ke tepian pantai hingga sanggup angkut sekali cawan air teh hijau sebab bimbang air tak habis, membazir pulak.

Semuanya sedang khusyuk. Baik geng-geng rombongan kapal dari Arab yang sedang solat dengan penuh kekhusyukkan, mahupun sekian ramai orang yang sedang menyaksikan ahli rombongan itu yang sedang solat, pun berjaya mengkhusyukkan diri mereka. Senyap sunyi. Hinggakan andai ada sekeping dinar emas jatuh sepurnama merindu jauhnya pun dapat didengar. ini tak logik

"Weyh, yak eh. Guano tuh? Tertunggeng-tunggeng pulok doh?", riuh suara Awe Mamat, memecahkan keheningan petang pelabuhan Melaka yang tenang dan sepi sejak dari tadi.

Kekecohan mula timbul. Andai dari tadi semua ahli rombongan kapal diam berdiri di atas pasir pantai yang memutih umpama saf-saf bangunan yang teratur, kini semuanya tertunggang-tonggek serentak.

Riuh kembali pelabuhan Melaka, bukan riuh dengan bisnes mahupun tawar-menawar, tapi riuh sebab semua mata yang khusyuk menyaksian tadi terkejut melihat aksi geng rombongan kapal dari Arab. Maka hebohlah satu Melaka tak sampai setanak nasi standard orang Melayu sukakan berita sensasi sejak zaman berzaman rupanyer.

Sampailah berita aksi senaman ke hentah ape nama rombongan Arab itu ke istana Melaka. Sang Raja Indera Sakti Bumiputra yang sedang berehat-rehat di singgahsana terbangun sejenak tatkala mendapat berita itu. Sang Pembawa Berita dari pelabuhan Melaka menyampaikan cerita satu persatu tanpa sebarang tokok tambah. Arakian selepas yakinlah Sang Raja Indera Sakti Bumiputra tentang bahawa berita yang dibawa oleh Sang Pembawa Berita bahawa cereka yang didengarnya sebentar tadi bukan fakta menipu umpama kisah Starbuck yang diharam oleh JAKIM siap dengan nombor telefonnya, maka bertitahlah Sang Raja Indera Sakti Bumiputra kepada Tuan Bendahara Indera Bahagi supaya menjemput semua ahli rombongan kapal dari Arab itu untuk datang ke istana raja yang tak seberapa itu.

Berbalik kepada hakikat yang sedang berlaku di pantai pelabuhan Melaka. Maka dijemputlah seluruh ahli rombongan kapal dari Arab itu ke istana oleh Tuan Bendahara Indera Bahagi atas titah tuanku Sang Raja Indera Sakti Bumiputra, bimbang juga dalam hati kecilnya andai terkena 'tulah' kerna ingkar arahan mudah.

Sejenak kemudian, maka penuhlah istana Melaka pada petang itu dengan semua ahli rombongan pedagang dari Arab itu. Semuanya yang berkhidmat dari atas kapal itu hadir ke perkarangan istana, baik chef yang memasak di dapur kapal mahupun tukang mop lantai kayu kapal turut dijemput malah pengawal yang makan gaji buta kerna asyik tidur masa duty pun turut menjelmakan diri.

"Benarkah beta mendapat tahu bahawa kamu semua melakukan aksi aneh sebentar tadi di pantai pelabuhan Melaka?", titah Sang Raja Indera Sakti Bumiputra kepada rombongan pedagang dari Arab itu.

"Ampun tuanku. Izinkan patik berbicara bagi mewakili rombongan ini kerna patik selaku selaku nakhoda kapal dan pedagang besar dari tanah Arab yang mengetuai rombongan ini.", seorang daripada pak Arab itu bersuara.

"Bereh-bereh. Silakan. Beta mahukan penjelasan lengkap tentang perlakuan sebentar tadi di pelabuhan beta!" Sang Raja Indera Sakti Bumiputra mengangkat sedikit suaranya supaya timbul sedikit rasa hormat dan gerun oleh ahli rombongan ke atas dirinya selaku raja di sekalian alam Melaka dan kuasa besar di Alam Melayu.

"Nama patik Solihin Noor Salehuddin, tuanku. Kami datang dengan niat suci murni semata-mata untuk berdagang di pelabuhan Melaka sebagaimana pedagang lain. Tadi, kami bukan bersenaman di petang hari apatah lagi beryoga, cuma itulah cara kami mengabdikan diri kami kepada Tuhan kami, Allah, dan agama kami adalah islam." Solihin Noor Salehuddin berbicara bagi menjelaskan perlakuan mereka secarang terang dan jelas umpama hukum 'izhar halqi' dalam membaca al-Quran.

"Islam? Allah? Hapekah itu? Tak pernah beta mendengarnya..", terangkat kening Sang Raja Indera Sakti Bumiputra tatkala mendengar istilah yang baru didengar pertama kali dalam hidupnya.

"Bagi kami yang menganut islam sebagai agama kami. Kami percaya bahawa hanya Allah sebagai Tuhan kami dan tiada lagi Tuhan yang lain. Dan tadi rakyat tuanku baru sahaja menyaksikan cara kami bersolat. Mahukah kalau tuanku kami tawarkan untuk memeluk agama kami, islam?". Si Solihin Noor Salehuddin mula memancing minat Sang Raja Indera Sakti Bumiputra.

"Menarik, menarik. Kalau camni beta pun nak join islam ah.."

Sang Raja Indera Sakti Bumiputra tertarik dengan agama baru yang  didengarnya sebentar tadi.

Dan sejarah kepada bumi Melaka dan Alam Melayu, petang itu jadilah Sang Raja Indera Sakti Bumiptra sebagai orang islam.


*********************************************************


Sebelum pergi lebih jauh, perlu saya ingatkan bahawa segala nama dan watak yang terlibat dalam cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak pernah wujud barangkali dalam mana-mana buku sejarah Melayu silam umpama buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang atau buku Hikayat Raja-Raja Pasai.

Dah mention ni. Karang kena saman pulak saya ni sebab kononnya memutar-belitkan sejarah Melayu dan kuar pulak name aku kat newspaper dan kursus BeeTeeEnd sebab kes menghina Melayu

Nama watak direka, tapi jalan cerita secara kasarnya disedut daripada buku teks Sejarah baik buku teks Sejarah untuk SPM mahupun PMR. Dan andai anda semua baca dengan teliti buku teks Sejarah untuk SPM dan PMR, anda akan ingat bahagian orang Melaka menyaksikan pedagang Arab yang 'tertonggeng dan tertongek', kerna mereka tidak tahu itulah solat. 

******************************************

Lima tahun hidup dalam dunia persekolahan menengah rendah mahupun menengah atas, begitulah ilmu yang kita dapat. Didoktrinkan bahawa islam itu datang ke Alam Melayu melalui pedagang. Pedagang inilah yang menyebarkan islam kepada raja-raja di Kepulauan Melayu dan berkahwin dengan rakyat tempatan. Maka, tersebarlah islam. 

Cuma, memang begitukah hakikatnya?

Datang berdagang, pada masa yang sama berdakwah.

Atau...

Datang berdakwah, pada masa yang sama berdagang?

Anda jawab sendiri. Sebab tatkala membaca buku teks sejarah bahagian teori islam datang ke Alam Melayu, seolah-olah dunia dakwah menjadi sangat senang dan enteng.

Tak nak hurai panjang, cuma mengajak kita semua berfikir.  

berfikir dengan penuh bergaya. hehe

Abe Am @ Ikram Mohd Noor

Friday, August 12, 2011

Kesalahan Tatabahasa...

20:06
Khamis
11 Ogos 2011


"Nanti selepas SPM, bila awak masuk ke universiti atau mana-mana kolej akan ada lambakan usrah. Kalau nak ikut usrah, ikut jer la, tapi hati-hati sebab ada yang sesat!"

Seorang senior, bekas pelajar sekolah menengah yang kini menghuni sebuah universiti, yang peka dengan masalah ummah ini sedang berbicara di hadapan junior-junior sekolahnya. Adik-adik Form 4 dan Form 5 sedang khusyuk mendengar, menghadam segala nasihat daripada bekas senior mereka, yang mereka telah hormat padanya buat sekian lama.

Dan bila si adik-adik ini meningkat besar, dirinya mula menjejakkan kaki ke universiti-universiti terkemuka dan kolej-kolej yang tersohor. Jika selama ini dia hanya mendengar dari jauh tentang dakwah kampus yang hebat mencanak di Malaysia, sekarang dia sendiri menjumpainya. Mula sedar bahawa 'abang-abang' itu atau 'akak-akak' ini mula mendekatinya dengan agenda tersembunyi di sebalik ramah mesra hari pertama di kampus, di sebalik makanan yang dibelanja itu terselit umpan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Berbekalkan nasihat dari abang senior yang pulang kembali ke sekolahnya 2 3 tahun yang lalu, terasa masih terngiang-ngiang lagi nasihat itu.

"Nanti selepas SPM, bila awak masuk ke universiti atau mana-mana kolej 
akan ada lambakan usrah. 
Kalau nak ikut usrah, ikut jer la, tapi hati-hati sebab ada yang sesat!"


Dan hasilnya, si adik yang pernah mendengar nasihat itu mengambil keputusan paling selamat. Dirinya membenci golongan-golongan penggerak ini. Membenci kerna yakin bahawa dia akan sesat andai dirinya dibimbing masuk ke dalam usrah, ke dalam dakwah kampus itu sendiri. 

Umpama kes air tuak, akan memabukkan andai berbuih dan diperam pada hari sekian-sekian, tapi akan manis dan nikmat pada lidah andai diminum bukan di saat tuak itu tidak berbuih. Tetapi ada segolongan yang mengambil tindakan drastik, meninggalkan terus air tuak kerna bimbang minum arak kerna tidak tahu bila di saat ianya menjadi arak dan haram diminum. 


**************************************


[Sighhh]

Izinkan saya mengambil nafas dalam-dalam sejenak sebelum mengupas isu ini. Kerna mungkin agak berat. Kerna hanya mereka yang sudah membawa diri ke dalam dunia DnT ini yang akan faham dengan sebenarnya tentang catatan ini. 


Bismillahirrahmanirrahim...


Menggunakan gaya bahasa sebegini dalam memperkenalkan usrah cam agak tak sesuai. Cuba bayangkan tatkala mereka yang tidak pernah mendengar apa itu usrah dan ditambah lagi dengan mereka yang pernah mengalami kisah-kisah seram dengan usrah mungkin SMACHian lagi faham tentang kisah seram dengan usrah .

Masalah utama yang berlaku adalah salah faham. Adik-adik yang mendengar bukan lagi mendengar "tapi hati-hati sebab ada yang sesat!", mereka dengar "hati-hati sebab sesat".

Lantas, yang nasihat yang terbina dalam memori mereka adalah;


"Nanti selepas SPM, bila awak masuk ke universiti atau mana-mana kolej 
akan ada lambakan usrah. 
Hati-hati sebab sesat!!"

Atas masalah inilah yang berlaku, ramai yang tak mahu mengikuti dunia peng-usrah-an ini kerana dibimbangi akan sesat. Dan mereka yang pernah mendengar semestinya akan ragu-ragu untuk join usrah disebabkan nasihat ini. Dan sekali lagi, mungkin kita akan kehilangan modal yang terbesar untuk islam ini sendiri, individu itu sendiri. 

Pandangan saya, perkenalkanlah usrah itu kepada adik-adik di sekolah dengan penuh bergaya, dengan penuh best-best. Jangan perkenalkan dunia dakwah itu penuh dengan liku-liku yang serabut, seolah-olah hanya menanggung tanggungjawab memikirkan masalah umat tanpa mendapat sebarang elaun mahupun bayaran apatah lagi upah. 

Sedangkan dunia DnT (Dakwan n Tarbiyah) ini penuh dengan makna ukhuwah yang sebenar, bersatu atas dasar yang tak dapat diungkapkan dan tak dapat dibayangkan, malah tak dapat dinukilkan atas sekeping kertas andai ada mana-mana pihak mengarahkan kita supaya menggambarkan nikmatnya bersaudara atas landasan DnT. 
[Sobbing..]

****************************

Bab isu meng'kafir'kan orang lain pun satu hal yang bukan ringan untuk dipandang. Mengapa kita sanggup kata jangan ikut badan persatuan itu, sebab yang itu sesat. Sedangkan semua matlamat hanya sama, cuma jalan sahaja yang berbeza. Umpama dari Kota Bharu ke Machang, nak guna 'jalan atas' ke, 'jalan bawah' ke, terpulang, sebab dua-dua destinasi akhir adalah Machang itu sendiri. (Nak tahu tentang istilah ni, rujuk mereka yang asyik ulang-alik Kota Bharu-Machang..Haha)

So, perkenalkanlah dakwah kepada mereka yang tidak tahu dengan penuh bergaya dan dengan penuh best. Masih banyak benda manis yang boleh digubakan untuk memperkenalkan usrah itu sendiri. Mungkin keypoint yang agak penting adalah memperkenalkan bahawa usrah itu bukan hanya 'berbulatan gembira' di dalam surau dan menelaah buku-buku berat. Itu hanya salah satu daripada aktiviti usrah. 

Jangan biarkan kesalahan tatabahasa kita dalam menjawap persoalan adik-adik di sekolah menengah (adik-adik ke? ke nak guna istilah lain?) kan menyebabkan mereka salah faham terhadap sistem usrah tu sendiri lantas membina kebencian dalam diri mereka terhadap usrah itu sendiri. Cukuplah dengan sejarah hitam mereka ditampar dan diterajang dalam perjumpaan mingguan oleh abang-abang senior Form 4, Form 5, kononnya dalam perjumpaan yang dipanggil sebagai usrah, untuk memperbaiki diri mereka. (Hmm..)

Kesimpulan, jaga tatabahasa anda dalam berbicara tentang memperkenalkan dakwah kepada mereka yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi pejuang yang tak kenal henti.
Doakan...
Kerna setiap insan itu mempunyai potensi besar dalam menyumbang untuk islam itu sendiri...
Ke camne?

Menggunakan tatabahasa yang betul itu penting,
bukan sekadar di atas kertas peperiksaan.

P/s:: maaf kepada abang itu, kerna saya hanya memperbetulkan kesalahannya. Andai tak setuju, tolong tegur dan perbetulkan saya sendiri. 

Tuesday, July 19, 2011

Ia Berbeza Walau Kelihatan Hampir Sama...

11:46
Selasa
19 Julai 2011


"Nah, ambik!!! Kalau kau nak sangat kunci nih. Guna la, tapi pastikan malam karang kereta ni dah parking kat halaman rumah! Aku nak guna...", bentak seorang ayah. Kunci kereta itu dihempas ke atas meja.

Panas hatinya. Serabut. Semuanya gara-gara si anak remajanya yang asyik meminta-minta kepada bapanya untuk meminjam kereta Hilux yang baru dibelinya. Kononnya ingin bergaya dengan kereta ayahnya, sedangkan si ayah ingin menggunakannya dalam masa beberapa jam kerna ada urusan yang perlu diselesaikan.

Akhirnya..
Si ayah mengizinkan anaknya menggunakan keretanya itu. Tapi hatinya masih panas kerna si anak terunanya yang sulung itu tidak faham akan tuntutan kerjanya yang dia memerlukan kereta itu untuk mengangkut barang-barang dari rumahnya ke pejabatnya.


**************************************


"Kita bagi jer la dia pakai seluar jeans. Sebab kita dah larang dia pakai dia pakai jugak. Dia kata semua orang pakai seluar jeans hari ni. Cikgu dia pun pakai jugak.", luah seorang ibu kepada anak sulungnya.

Hatinya hiba. Sedih. Terluka. Kerna si anak lelaki yang bongsu sanggup lari dari rumah dan tidur di rumah membernya yang kononnya seolah-olah membernya itulah yang lebih mengenal dirinya sejak bertatih dalam belajar untuk berjalan.

Si ibu memang hanya punya satu permintaan. Sudah sekian lama sejak anak-anaknya masih kecil, dia tak suka melihat anak-anaknya memakai seluar jeans. Entah kenapa, hatinya memang tidak berkenan. Dikatanya seluar itu akan menyebabkan si pemakainya nampak agak kasar. Dan si ibu tidak suka kerna kebanyakan pemakai tidak akan membasuh seluar itu setiap hari. Pengotor, kata si ibu. 

Tapi entah kenapa, tatkala anak bongsunya mula menginjak dewasa, si anak sudah mula belajar 'cara' memakai seluar jeans daripada kawan-kawannya. Seolah-olah lupa kepada hak untuk menjaga hati ibunya yang selama ini membesarkannya sejak dia kecil. 

Teguran si ibu yang sejak beberapa hari lalu tidak diendahkan. Sehingga satu kemuncak, si ibu menyembunyikan seluar jeans anak bongsunya itu dalam bekas kosong di dapur. Semuanya kerna hatinya tidak mahu melihat anaknya memakai seluar jeans. Tindak balas dari seorang anak? Pulang lewat malam, kemaskan bajunya dalam beg kecil, dan keluar dari rumah. Tanpa membawa handphone, tanpa membawa wang sesen. Kononnya merajuk besar dengan ibunya, yang tidak mengizinkannya memakai seluar jeans.

Keesokan harinya, terkeluar air mata seorang ibu, kerna berkecil hati dengan sikap anaknya yang seorang ini. Seolah-olah susah sangat permintaannya untuk ditunaikan. Penyelesaian akhir, si ibu mengizinkan anaknya yang bongsu memakai seluar jeans. Walau dalam menitikan kata keizinan itu, hati si ibu remuk dan sedih. 


**********************************


Lupakan sejenak isu kunci kereta dan seluar jeans itu, kerna itu hanya satu perlambangan yang dibawa masuk untuk mewakili keadaan sebenar. Merenung sejenak sikap dan perlakuan kita hari ini, mungkin ada sesuatu yang kita terlupa. 

Terlupa apakah?
Sighhhhh....

Terlupa bahawa 'Izin' dan 'Redha' itu ialah dua benda yang berbeza. Nampak seolah-olah sama, tapi ia adalah dua benda yang sangat-sangat berbeza. 

Dalm meniti hidup kita yang sudah lama kita mulakan ini, cuba renung sejenak berapa kali dalam hidup kita sendiri pernah terjadi kes sebegini?

Berapa kali pernah kita dapat keizinan daripada ibu bapa kita tentang kes yang sedemikian?
Dan dalam keizinan itu adakah terselit redha yang mengisi bekas keizinan itu?

Mungkin kadang-kadang ada larangan yang ditetapkan oleh ibu bapa kita yang semestinya agak bertentangan dengan naluri remaja ini. Tapi berbincanglah. Andai keputusan telah dipersetujui selepas perbincangan itu, cuba selidik balik dalam keizinan yang diberi itu, adakah terselit redha dalam cara pertuturan yang membawa kepada keizinan itu?

"Pergilahhhh..."

Mungkin itu kata seorang ibu setelah berkali-kali kita memohon untuk mengikuti program ke tempat sekian-sekian. Keizinan itu diberi, tapi adakah keredhaan itu turut diberi andai cara bertutur itu sendiri yang agak lemah, seolah-olah sekadar nak memenuhi kehendak kita yang asyik mendesak. 

Dan turut saya akui saya sendiri bukan insan yang sempurna, pernah juga terlupa hakikat sebegini. Tapi, belajarlah dari kesilapan. 

Sighhhh...

Kalau direnung, memang abah dan umi meletakkan satu larangan kepada saya dan adik-adik sejak zaman berzaman sehingga saya tak pernah sentuh seluar jeans. Sejak kecil hingga besar, kulit ini tidak pernah menyentuh seluar jeans. Mungkin agak pelik bagi pandangan ramai. Tapi sebagaimana yang saya katakan, kadang-kadang ada benda yang agak aneh. 
*Tapi saye ok ajer tak pakai seluar jeans, dan memang tak biasa. Standard seluar ala-ala Camel ajer, yang berpoket banyak. 

Renung sejenak, dan cuba kira. Dalam jangka masa kita yang sudah berusia entah dah berapa tahun ini, mungkin 20-an, belasan tahun, berapa lama masa yang diambil untuk bersama dengan 'parents' kita?
Lebih-lebih lagi bagi yang bersekolah di MRSM dan SBP (bukan diskriminasi nih), sudah berapa tahun dalam tahun-tahun yang ada telah kita luangkan bersama dengan 'parents' kita?
Sambung belajar, ambil diploma, ijazah, kalau dikira semua sekali entah hanya berapa cubit sahaja masa yang kita luangkan untuk bersama 'parents'..

Dan andai kita berada di rumah, cuba renung rambut 'parents' masing yang mula dipenuhi rambut-rambut yang memutih. Agak-agak berapa lama lagi masa yang ada untuk kita bersama dengan mereka?

Kesimpulan?

Boleh la kot. Selagi mana mereka masih lagi bernafas, gembirakanlah hati mereka dengan sikap kita. Biar segala tindak tanduk yang kita ambil diizin dan diredhai oleh mereka. Kerna apa erti jika ingin membina individu muslim, tapi masih ada lompang-lompang dalam menunaikan kewajipan kepada 'parents' sendiri..
Ke camne?


p/s: demi mengelakkan plagiarism, ini bukan idea asal saya. cuma diekstrak setelah membaca penulisan Dr Asri, bekas mufti Perlis.


Jom, tapi jangan berseorangan jer, ajak dan
tarik sahabat-sahabat lain sekali..


p/ss:cerita yang dijadikan sampel tidak melibatkan sama ada yang hidup ataupun yang tengah koma, apatah lagi yang telah pergi buat selamanya...


Abe Am @ Ikram Mohd Noor

Wednesday, July 6, 2011

Terima Kasihhh...

21:47
Rabu
6 Julai 2011

Segala penat lelah 2 tahun..

Tidur yang sedikit, mengajar untuk mencari erti cukup dalam tidur yang sedikit...
Sehingga tekanan darah naik sejenak..

Alhamdulillah..
Terima kasih kepada semua..
Terutamanya Puan Azlinda yang banyak bersabar dengan karenah EE saya...
Phewww... Bonus point 0..
Perlu belajar dari kesilapan ini untuk medical school yang seterusnya...
Puan Musliza yang terlalu banyak bersabar dan memantau saya...

Sekarang...
Mengharapkan agar MARA masih mengekalkan polisi 35 points and above untuk fly..
Sebagaimana yang dijanjikan semasa briefing beberapa hari sebelum final exam...

InsyaALLAH...
Palacky University sedang mnunggu...
Bergabung dengan ikhwah Czech Republic kan menjadi kenyataan...
Doakan saya agar segalanya kan lancar..



Abe Am  @ Ikram Mohd Noor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...