Friday, January 28, 2011

Salahkah Kerna Ideanya Begini???

Jumaat
15:22
28 Januari 2010

Bismillahhirrahmanirrahim...

Astaghfirullahal azimmm...
Kadang-kadang saya ragu-ragu tentang apa yang saya fikirkan. Adekah sesuatu yang sedang bermain di fikiran saya merupakan sesuatu yang benar atau salah? 

Saya cukup benci pada perbomohan. Sangat-sangat benci. Sebab saya sendiri mempunyai banyak pengalaman dalam hal-hal sebegini....
Errr, bukan saya jadi pesakit eh...

Alhamdulillah...
Abah dan ummi sememangnya tidak percaya pada benda-benda begini. Tapi masalah terbesar ialah saya hidup dan membesar dalam suasana masyarakat di sekeliling saya sangat taksub pada benda ini. Seolah-olah abah menjadi titik di tengah-tengah orang yang percaya pada perkara karut-marut sebegini. Syukur kerna saya dilahirkan sebagai anak abah, lahir ke dalam keluarga ini, yang sememangnya tidak mempercayai benda-benda sebegini...

Mungkin ramai yang tak percaya bahawa masalah ini masih wujud dalam masyarakat ini, tapi saya telah menempuh hidup saya yang sudah zaman-berzaman (cam tua pulak bunyinya..) dengan melihat realiti ini. 

Pernah saya cuba mengikut saudara-mara saya pergi berubat kononnya terkena itu dan ini. Inkuiri yang ada dalam diri ini mencabar intelektual saya terhadap bidang perbomohan ini. Masih ingat masa tu selepas SPM. Tatkala masuk di rumah tok bomoh itu, perrggghhhhh, kain kuning merentangi siling rumah baiii...
Part paling best...
Tok bomoh tu berubat menggunakan telur ayam. Diambil telur ayam, diuli atas piring yang berisi cuka, kemudian diambil air mineral dalam botol, dituang air itu ke dalam besen, kemudian direndam telur tadi ke dalam besen yang mengandungi air mineral itu...
Kata bomoh itu,"Tunggu sehingga telur ni pecah baru boleh balik!"
Dalam 30 minit kemudian, telur itu pecah...
Dan saya? Hanya tersenyum... Terdetik di hati, "Hebat tok bomoh ni buat eksperimen biologi.."

Nah!!!
Saya boleh jawab satu persatu hujah kenapa telur itu pecah. Tapi sedih, mereka-mereka yang taksub dengan bomoh ini semua terpukau dengan kehebatan telur pecah dalam air yang menjadikan wakil bahawa sakit itu telah hilang...

Osmosis... 
Satu perkataan yang cukup untuk menerangkan segala-galanya. Kulit telur diperbuat daripada calcium carbonate, kan larut dalam asid yakni cuka itu sendiri, lantas mendedahkan semi-permeable membrane telur itu. Tatkala telur direndam dalam air, maka osmotic pressure yang tinggi dari air memaksa air masuk ke dalam telur sehingga satu tahap memecahkan selaput putih telur yang terdedah sedikit kerna bertindak-balas dengan asid (cuka) sebentar tadi...

Hmmm....

*********************************************************************

Dalam kes yang lain...

Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan kepercayaan bahawa kita perlu 'meminta izin' untuk melakukan sesuatu sesama dalam semak-samun atau dalam hutan....

Nak buang air, kena sebut, "Tok, cucu nak buang air nih..."

MasyaALLAH!
Di mana akidah kita bahawa ALLAH SWT sebagai sebaik-baik pelindung dan sebaik penolong di saat lafaz itu diucapkan??!!!
Cuma pernah ada hujah mengatakan bahawa boleh disebut begitu supaya andai 'mereka' berada di tempat kita ingin membuang air, supaya 'mereka' beralih tempat sekejap. Ayatnya lebih kurang, "Tepi sikit, nak buang air nih.."
Masuk akal juga, sebab kita memberitahu 'mereka' bimbang 'produk' kita terkena 'mereka', tapi bukan meminta perlindungan kepada mereka...

Renung satu ayat dari surah Al-Jin sejenak...

"...Dan sesungguhnya ada beberapa orang daripada laki-laki
dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa
lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka(jin) menjadikan 
mereka(lelaki) bertambah sesat."
(Surah Al-Jin 72:6)

Penjelasan pada ayat ini, ada di antara orang Arab jahiliyah apabila mereka melintasi tempat yang sunyi, mereka meminta perlindungan pada jin yang dianggap berkuasa di situ.
Na'uzubillah...

*Kalau ada hujah atau pandangan lagi kukuh, mohon nyatakan...

*****************************************************************************

Histeria dan rasuk camne,Am???

Saya terima.. Tapi ubatnya bukan sehingga bawa pergi jumpa bomoh. Semasa saya Form 2, masih teringat pesan Ustaz Aziz, ni mesti geng2 SMACHianz kenal..
Katanya, "Kalau berlaku azan atau histeria atau apa-apa sahaja berkaitan dengan jin, azan 12 kali, atau azan sehingga masalah itu selesai..."
Dan alhamdulillah, pernah saya praktikkan semasa lepas SPM tatkala seorang saudara-mara dirasuk, dan memang masih ingat azan ketujuh terus hilang rasukan itu...

******************************************************************

Sedih dan pedih...
Apa lagi mampu saya ungkapkan tatkala mendengar sahabat-sahabat di sekeliling saya yang berbicara tentang cara untuk melihat makhluk halus adalah dengan membaca Surah al-Jin setiap malam selama 40 malam tanpa henti. Dan dikatakan bahawa mereka kan mampu melihat jin pada malam ke empat puluh...
Entah, saya tak pasti tentang kesahihan ini...
Cuma kalau diteliti surah al-Jin yang mempunyai 28 ayat ini, semuanya berkisar tentang kisah para jin yang turut menerima islam, bahawa mereka juga turut menerima dan membenarkan islam yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah...
Semua 28 ayat ini tentang kisah dakwah Rasulullah, mana yang cerita pasal seruan supaya jin menjelmakan diri?Entah....

Dan saya hanya mencoretkan segalanya di sini...
Pernah ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya sudah tak mempercayai benda-benda sebegini...
Astaghfirullah, andai saya tidak mempercayai jin dan syaitan itu wujud, maka tidak lengkaplah keimanan seseorang manusia kerna tidak mempercayai wujudnya alam ghaib...

Saya percaya jin & syaitan itu wujud...
Cuma saya tidak percaya pada perbomohan...
Saya ulang, saya cuma tidak percaya pada perbomohan....

Untuk sahabat-sahabat yang setia membaca...
Saya seru jom kita semua selamatkan masyarakat ini. Rasanya bukan saya seorang yang mengalami masalah bertembung dengan masyarakat yang mempercayai dan taksub pada perbomohan. Andai kita yang sedang membaca ini percaya pada perbomohan, cukup. Cukup!
Dah tiba masa untuk berubah...

Untuk ikhwah seperjuangan...
Masalah kepercayaan kepada perbomohan ini bukan masalah sebenar. Ia hanyalah satu simpton tentang rapuhnya akidah masyarakat kita. Saya bukan menuduh, tapi ini yang terlintas sebab saya percaya dan telah dididik bahawa segala akhlak dan perbuatan yang terzahir adalah impak yang datang daripada sebuah akidah...
Jadi, maksudnya kerja kita masih banyak untuk dilakukan...

Salam perjuangan menyucikan akidah...
Untuk diri ini...
Untuk sahabat-sahabat...
Untuk ikhwah seperjuangan...
Dan untuk sesiapa sahaja...
InsyaALLAH...
Segalanya mungkin!!!
Bi iznillah...

???


p/s:apa yang dicatat bukan sesuatu yang mutlak. bukan untuk mengeluarkan fatwa sendiri, cuma untuk menyatakan idea. andai ada hujah yang lebih kukuh disertakan dengan sumber al-Quran dan HADIS SAHIH,silakan berkongsi kerna saya sendiri masih seorang pencari...

Sunday, January 23, 2011

Pemesong Hati 'Kami'...

10:39
Ahad
23 Januari 2010

Bismillahirrahmanirrahim....'


Terlalu banyak yang saya bimbangkan ketika ini. Mungkin itu penyebab kepada tekanan darah naik sedikit (wohoho....). Ditekan lagi dengan submission segala assignment yang kian hampir. Ditambah lagi dengan hari yang berjalan semakin hampir dengan final exam IB. Merunsingkan juga dengan pertumbuhan tunas-tunas yang sedang mekar bercambah di sekeliling ini.Tunas perjuangan yang kan disambung oleh sahabat-sahabat generasi seterusnya selepas habis tempoh masa saya di Kolej Muslim Brotherhood (KMB). Tapi, semestinya kisah sebenar jalan ini adalah selepas fasa hidup di KMB ini sendiri...

Apa yang sedang saya runsingkan?

Hmmm...

Jom tinjau satu hadis daripada Rasulullah SAW...

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra berkata,
aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya setiap amalan itu disertai niat dan setiap orang mendapat 
balsan amal sesuai dengan niatnya. 
Barangisapa yang berhijrah hanya kerana ALLAH dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya itu menuju Allah & Rasul-Nya.
Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana
wanita yang ingin ia nikahi, maka
hijrahnya itu menuju yang ia inginkan..."

(Diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad &
Abul Hussain Muslim bin Al-Hajjaj, boleh dijumpa pada Hadis 1 
dari Hadis 40 Imam Nawawi)


Hmmm...
Saya kira kalau baca hadis dengan teliti kita kan jumpa dengan maksud hadis ni tentang niat. Ramai antara kita yang tahu tentang kisah di sebalik hadis ni kan?
Kisah asal hadis ni tentang seorang sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah masa hijrah Rasulullah SAW. Tapi si sahabat yang seorang ini berhijrah ke Rasulullah untuk memenuhi terms & condition yang dikenakan oleh seorang wanita yang dikatakan bernama Ummu Qais. Si sahabat ni dikehendaki berhijrah ke Madinah andai mahu mengahwini si wanita berkenaan. Maka keluarlah hadis ini untuk menceritakan tentang niat kita yang kadang-kadang terpesong. Jarak Mekah ke Madinah bukan dekat eh! Pastu berjalan kaki atau ber-unta atau ber-kuda atau ber-apa2 lagi...

**********************************

Realiti hari ini???

Saya cukup bimbang kerana kadang-kadangi saya terdengar gurauan sesama ikhwah. Andai gurauan tentang benda lain saya terima, tapi andai ada yang berseloroh hingga menimbulkan nama-nama di pihak sebelas sana saya kurang bersetuju.

Pihak mana???

Ermmm...
Pihak sisters. 

Memang tak dapat dinafikan bahawa sehebat mana pun seorang ikhwah itu, dia tetap seorang lelaki....

Teringat pesan Ustaz Faridul Farhan masa kali terakhir saya bersua dengannya kira-kira dua minggu lalu. Pesannya agar kami di pihak brothers tidak mudah terpesong hati dengan pihak sisters.

Saya masih ingat selorohnya, "Ramai akhawat yang cun-cun yang dapat kahwin awal padahal yang hebat hingga pegang dua tiga usrah masih berlambak. Antum jangan sampai mudah terpesong macam ni..."

Betul...
Bukan saya sibuk nak bincang isu kahwin di awal usia dua puluh ni, cuma saya sendiri bimbang andai ada ikhwah yang telah dipesong hatinya dek kehadiran pihak sisters. Memang ramai yang tahu bahawa biasanya ikhwah kan kahwin menggunakan kaedah Baitul Muslim, minta pertolongan orang tengah yang biasanya terdiri daripada murabbi masing-masing. Tapi takkan dah nak fikir tentang Baitul Muslim sedangkan masanya pun belum sampai...

Saya amat mengharapkan andai yang membaca kan memahami maksud sebenar yang ingin saya sampaikan..
Jangan hingga nanti terkeluar istilah kapel dakwah...
Adeih...
Kapel islamik dah mula masuk pasaran filem dan drama...

Mungkin istilah Baitul Muslim itu sendiri perlu dijelaskan dan difahamkan terlebih dahulu. Takkan dah terlupa bahawa Baitul Muslim itu adalah komponen kedua dalam memenuhi Maratib Amal.
Er, Maratib Amal itu apa?
Hmm, google ajer. Sebab kalau nak saya sebutkan jadi panjang pulak di sini...

Atau masih belum sampai lagi kah masanya untuk kita kawal diri masing-masing?
Kawal emosi dan perasaan masing-masing?
Kawal keinginan masing-masing?

Perlu difikir bersama...

InsyaALLAH...

Salam perjuangan...
Untuk diri ini...
Untuk ikhwah seperjuangan...
Untuk sahabat yang memahami..
Semoga terus tsabat...

^^

As long as our intention is pure...


p?s: memahami apa itu baitul muslim amat penting supaya perkahwinan dalam islam dapat difahami dengan jelas...

Thursday, January 20, 2011

Terlepas Pandang...

01:58
Khamis
20 Januari 2010


Bismillahirrahmanirrahim...

Terus-terang saya agak gusar dengan waktu sekarang ini. Gusar dengan benda-benda yang perlu dihadapi oleh saya sendiri, sahabat-sahabat saya, dan lebih-lebih lagi dengan adik-adik saya. Saya bimbang tentang satu masalah baru yang sedang timbul sekarang, lambakan cerita-cerita hantu dan cerita komedi yang mengarut.

Senang...
Ke masih tak jelas apa yang saya perkatakan?

Tentang filem-filem komedi, saya bukan tak menyetujuinya, cuma kadang-kadang saya seram dengan segala benda yang dilambakkan sekali ke dalam satu elemen yang amat menakutkan. Ditambah dengan unsur komedi seram, diburukkan lagi dengan biadapnya sikap-sikap setiap watak.

 Lihat sahaja tentang filem terbaru yang saya dapat dari seorang member.

Tentang sebuah filem komedi seram, yang kononnya menentang kepercayaan tahyul. Tapi saya bimbang dengan setiap elemen yang disertakan bersama dengan filem itu. Memang ada yang berpendapat tak mengapa, tapi jangan sampai terlepas pandang sesuatu.

Saya bimbang melihat adik-adik saya yang sedang di-brain wash oleh media tentang wujudnya hantu...
Tentang fungsi ustaz hanya sekadar penghalau hantu...
Si ustaz kan berlawan dengan si hantu umpama 'final battle' Bezita dengan Son Goku yang baru dihidupkan dari alam kematian. Kemudian keluar aura-aura, bumi bergegar, angin ribut tiba-tiba menjengah..

Bimbang...
Sangat-sangat bimbang...

Memang mungkin dari satu sudut kita melihat ini semua hanya sebagai satu hiburan. Tapi, bagaimana dengan pihak lain?
Bagaimana dengan golongan pewaris selepas ini?
Bagaimana dengan kanak-kanak hari ini?

Pernah saya melihat beberapa orang sepupu saya yang telah dipengaruhi oleh media sebegini. Anak-anak kecil meniru gaya-gaya biadap Shin Chan. Anak-anak kecil yang takut untuk berada seorang diri kerana dimomokkan oleh terernya hantu dalam drama-drama dan filem...

Ermmmm...
Camne nak settle masalah ni?

Bermula dengan diri kita....

Sentiasa meninjau kepada sisi gelap sesuatu itu. Tak kira apa itu 'sesuatu' itu. Facebook, blog, filem, drama, lagu, buku, bla3....
Jangan kerna kita suka pada sesuatu itu, kerna kita terlalu taksub dengan drama itu drama ini, hingga kita mengiyakan segalanya. Jangan nanti terlepas pandang pada banyak benda.

Teringat kepada penulisan Ustaz Faridul Farhan tentang blind spot...

Memang, jangan kerna kita terlalu taksub dengan itu dan ini hingga kita terlepas pandang sudut negatif yang ada pada sesuatu itu.

Saya bimbang dengan penyebaran filem 'Glee' yang agak aktif sekarang di sekeliling diri saya. Sebab? Entah, perlu hurai ke? Rasa semua dah faham, benda simple ajer kan?
Jadi, jom didik diri kita supaya jadi generasi yang lebih baik. Sebab generasi penerus kan lahir dari generasi kita sendiri.

Didik diri kita agar orang sekeliling akn terasa tempiasnya. Andai tak mampu nak ubah sahabat-sahabat sekeliling kita, biarlah aura perubahan itu kan terkena pada keluarga kita. Maksud saya, pada adik-adik kita, abang dan kakak kita sendiri. Dan lagi baik andai semangat dan gerak kerja untuk perubahan itu turut terkena pada ibu bapa kita. Sebab menegur orang yang lebih tua tak sama dengan menegur orang yang lebih muda dari kita. Menegur orang tua kadang-kadang tak perlu pada perkataan, cukup pada perbuatan dan akhlak kita yang menyebabkan mereka turut terfikir dan berazam untuk berubah...

InsyaALLAH...
Wujudkan generasi yang mampu berfikir yang baik dan buruk...
Wujudkan generasi yang mampu melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan...
Wujudkan generasi yang mampu membawa arus perubahan untuk masa depan...
Semuanya bermula dengan kita...
Kita!
Bukan saya...
Bukan kamu...
Tapi KITA!!!

Jom...
Jangan hanya tahu mengkritik dan mencela sesuatu yang kita tak suka...

InsyaALLAH...
Doakan pada semua...

(^_^)V

Menjadi generasi berfikir yang jelas baik & buruk segala yang ada...

Tuesday, January 18, 2011

Siri-Siri Daripada-NYA...

18:55
Selasa
18 Januari 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhadulillah...
Setelah sekian lama tidak menulis akhirnya dapat saya cari selitan masa untuk tidak membiarkan catatan di sini hambar dan kosong tanpa sebarang makna...

Permulaan tahun ini kan memperlihatkan banyak 'hadiah' yang datang daripada-Nya untuk terus menguji ketabahan diri ini. Mungkin hanya sekadar mukaddimah untuk terus menguji para hamba-Nya agar terus komited di jalan ini. Tapi siri ujian kali ini sememangnya agak berlainan sedikit dan agak berat sedikit...

Dimulakan dengan sedikit masalah sehingga rekod saya selama ini tercalar sedikit. Hampir-hampir sahaja diri ini digolong dalam masalah disiplin. Tapi semangat yang diberikan oleh ikhwah sangat berharga bagi kami kerna kami daripada beberapa pihak ikhwah telah diuji sejenak. Diuji oleh satu masalah yang hampir membuatkan saya sedikit kecewa.Hampir sahaja hingga disalah ertikan oleh masyarakat sebagai terlibat dalam masalah disiplin...
Astaghfirullah...

Terima kasih kepada Akhi Aziz Ishak atas 'support' yang saya kira amat berharga. Atas satu nasihat bahawa Allah sedang berbicara melalui perkataan sabar. Terima kasih kerana mengingatkan saya kembali tentang bicara Allah pada hamba-hambaNya yang sedang diuji pada surah al-Baqarah dari ayat 142 hingga ayat 157...

Yang mana saya kira kemuncak bagi bicara si Dia pada ayat 155. Satu ayat yang tidak asing lagi bagi kita.

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan 
sedikit KETAKUTAN, kelaparan, kekurangan harta,
JIWA, dan buah-buahan."
(Surah Al-Baqarah 2: 155)


Ya...

Diuji dengan ketakutan untuk terus berada di jalan ini. Namun terima kasih kepada 'pihak atasan' terutama buat diri seorang murabbi yang sanggup mengorbankan banyak benda saya kira dalam mentarbiyah diri kami. Mungkin ada yang kurang faham dengan maksud saya, tapi biarlah ini sebagai satu rahsia sebab kami perlu menjaga nama baik banyak pihak. Perkara yang berlaku ini pun sebagai satu 'jentikan' saya rasa untuk menguji sedikit keikhlasan mereka yang terlibat di jalan ini...



****************************************


Dan saya ingatkan semua itu hanya terhenti setakat di situ...

Namun siri cinta itu tidak pernah berhenti. 

Sakit kepala dalam seminggu lepas hanya diingatkan sebagai satu sakit biasa. Dan kemuncaknya adalah demam pada hari Ahad, sehingga sehari suntuk saya hanya mampu menghabiskan masa di atas katil. Terima kasih kepada Fadhli Hasin Basri, seorang room-mate yang saya kira adalah satu hadiah daripada ALLAH untuk berada di KMB.

Bercerita tentang sakit kepala. Saya hanya ingatkan satu sakit yang biasa. Mungkin kerana masalah jadual tidur yang agak berterabur pada permulaan Sem 4 dengan banyak benda yang perlu diedit sebelum final draf yang bakal menjengah dalam Februari nanti.

Hari Isnin, yang saya kira kali kedua dalam hidup saya sebagai pelajar KMB untuk mengorbankan kelas Chemistry HL dalam dua masa. Pergi ke klinik kerajaan Bukit Changgang, diambil suhu badan dan tekanan darah....Erk...               0_o

"Tekanan darah awak agak tinggi...", kata nurse yang amik blood pressure saya.

Saya hanya ingatkan satu perkara biasa. Angka giliran saya masih jauh dan saya kira ada dalam 20 orang sebelum saya.
Tapi tiba-tiba nama saya dipanggil...
Dan buat pertama kali, bukan menghadap Medical Assistant, tapi dibawa terus berjumpa dengan doktor...

"Parents awak ada darah tinggi?", soal tuan dokter sebaik saya duduk di kerusi...

"Ada, dua-dua sekali..."

"Okkkk...."

Terus dikeluarkan satu kertas kecil, ditulis tarikh dengan begitu banyak.

"Camni, awak kena buat ujian tekanan darah berkala selama 2 kali seminggu dalam sebulan. Lepas tu baru boleh decide adakah awak ni ada darah tinggi. Sebab both of your parents ada darah tingi. Kalau masalah genetik, memang bila umur dah menjangkau 20 tahun, tanda-tanda akan mula kelihatan.."

Erk....
Darah tinggi??????

Dan untuk jangka masa ini, saya hanya dibekalkan dengan satu jenis ubat. Kecik, sangat kecik, tapi sangat besar kesannya. Apa yang tidaknya, sekali telan, terus 'paralyzed'....

Balik dari klinik, terus saya telan. Kesannya? Bukan mengantuk, tapi mata saya celik cuma jadi high cam mat dadah. Halusinasi, mungkin tu yang paling tepat. 
Sebab? Hehe...
Sekejap saya balik ke rumah borak dengan adik-adik...
Sekejap rasa cam dok atas motor tengah merempit dengan Yamaha 125ZR merah kesayangan saya...
Tapi dalam masa yang sama saya masih sedar saya sedang terbaring dalam bilik...
Hesh, bahaya punya ubat...

"Mungkin sebab tak cukup tidur kot!", kata abah bila saya call pada sebelah malam...

Itu juga sedang saya harapkan. Semoga dalam masa sebulan ini saya berjaya turunkan tekanan darah supaya saya tak disahkan ada darah tinggi. 

Sebab bacaan pada hari itu 145/76.
Sepatutnya bacaan normal adalah 120/80...


Sebenarnya masalah tekanan darah naik dalam diri saya bukan benda baru. Masalah ni dah dikesan masa medical check up untuk masuk KMB. Dan masa tahun lepas, saya check sekali lagi, masih lagi tinggi melebihi paras normal...

Walau apa pun...
Doakan saya agar terus dalam keadaan baik..
Doakan juga ikhwah agar terus tsabat(setia) di jalan ini walau ape ujian yang melanda...
Doakan agar tunas-tunas di jalan ini yang sedang bertumbuh agar tidak tercantas dengan ujian-ujian kecil...
InsyaALLAH...

Doakan saya...
^^


p/s:cuba menukar cara menulis...^^

Thursday, December 30, 2010

Walau Berbeza Jalannya, Tapi Destinasi?

22:59
Khamis
30 Disember 2010

"Ko tau ke aliran ni salah? Ko tau camne sejarah penubuhan mereka camne???!!", tanya seorang member saya tatkala mengetahui bahawa berada di 'arena' ini...

"Salah kalau ikut camni. Ko pergi ikut X, X telah memecahbelahkan perpaduan islam tahu? Sepatutnya cukup dengan hanya wujud parti B sahaja di Malaysia nih..", tambahnya lagi...

Dan saya?
Hanya tersenyum dan mendiamkan diri...
Biarlah segala jawapan dijawab dalam hati ini...
Kerna menjaga nilai ukhuwah itu lebih penting...
Menjaga perpaduan ummah itu lebih penting...

"Kumpulan B ni lagi la salah. Semua hanya nak bawa pada semangat bangsa. Sikit-sikit islam disandar pada melayu..."

"Kita nak tunggu masuk politik sampai bila? Sedangkan masa zaman Rasulullah SAW tetap ada Abdullah bin Ubayy, ketua orang munafik di Madinah..."

"Sepatutnya di Malaysia hanya ada parti B sahaja. Tapi sebab masing-masing ego dengan diri sendiri, semua nak bina 'persatuan' masing-masing!"


**********************


Bismillahhirahmanirrahim...
Alhamdulillah...

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada sahabat saya yang seorang ini...
Kerna kedatangannya menziarahi ke rumah saya banyak menjana fikiran...
Banyak menguji tentang perinsip saya selama ini...
Banyak mematangkan saya lagi semenjak berjinak-jinak dengan arena ini...

Terlebih dahulu...
Izinkan saya nyatakan secara awal-awalnya lagi...
Mungkin ada sesetengah pembaca yang tak faham isu apa yang sedang saya bincangkan ini..
Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang faham maksud saya ini...
Andai tak faham apa yang saya maksudkan ini...
Maafkan saya, sebab perbincangan sangat sulit untuk difahami...

Dan untuk catatan kali ini...
Saya terpaksa letakkan banyak kiasan dan kata ganti nama bagi merujuk kepada pihak-pihak yang 'itu'...
Bukan apa, terpaksa...
Untuk mengelak ada hati yang terkecil dan terluka...
Faham kan?
^^

*****************

Memang kalau dilihat dengan betul-betul...
Terlalu banyak badan penggerak yang ingin menaikkan islam...
Ada yang menceburkan diri ke dalam politik...
Ada yang bergerak secara berkecuali...

Dan dalam minggu ini...
Saya diziarahi oleh seorang sahabat saya...
Yang pernah saya temui dengannya dalam satu siri daurah semasa Sem 2...
Pelbagai persoalan yang ditimbulkan...
Semuanya berkisar tentang siapa yang benar...
Mungkin soalan yang dilempar kepada saya agak provokasi...
Tapi takpe, saya kan pandang itu sebagai satu ujian dari Allah untuk menguji ketahanan prinsip saya di jalan ini...


*****************


"Ko tau ke aliran ni salah? Ko tau camne sejarah penubuhan mereka camne???!!", tanya member saya yag seorang ini...

Saya hanya terdiam...
Mahu dijawab apa?
Mengiakan?
Menidakkan?
Lebih baik saya diam kerna saya bukan mengalah tapi terpaksa demi mengelakkan keadaan menjadi keruh..

Persoalan salahnya jalan ini dihurai lebar oleh sahabat yang seorang ini...
Kesahihannya? Entah saya pun tak tahu...
Memang kita kan lihat ada banyak cabang di arena ini...
Setiap masing-masing dengan cara yang masing-masing...
Tapi tentang siapa yang salah...
Saya cukup tak suka membincangkannya kerna ia kan hanya mengeruhkan keadaan...
Adeihhh...
Amat sakit andai umat sedang bergaduh sesama mereka...
Para penggerak pula sedang bergaduh sesama mereka tentang siapa yang salah...
Jangan dituduh siapa yang salah dan siapa yang betul...
Kerna masing-masing ada prinsipnya tersendiri...

Tentang sejarah penubuhan masing-masing...
Segalanya sudah berlalu...
Andai ada penubuhan yang itu kurang manis sejarah penubuhannya..
Biarkannn...
Segala yang berlalu takkan mampu diundur kembali...
Apa yang paling penting sekarang ialah masing-masing tetapkan objektif masing-masing dan bergerak dengan fokus ke arah matlamat masing-masing...

*****************

"Salah kalau ikut camni. Ko pergi ikut X, X telah memecahbelahkan perpaduan islam tahu? Sepatutnya cukup dengan hanya wujud parti B sahaja di Malaysia nih..", tambahnya lagi...

Tentang hal ini...
Saya nak tanya sejak bila pula badan yang ini bergaduh dengan badan itu?
Astaghfirullah...
Manusia itu berbeza cara berfikirnya dan cara membuat penilaian...
Siapa kata antara badan itu dan badan ini bergaduh?
Andai bergaduh, bukan badan gerakan yang bergaduh, tapi individu yang masih lagi 'dalam proses kefahaman yg tak jelas' yang bergaduh...
Menunding jari ke sana sini...

Ingin menjadikan semuanya satu?
Adeihhh...
Manusia bukan umpama kajian eksperimen di makmal yang boleh diubah segala 'manipulated variables' untuk mendapatkan respons yang berlainan...
Manusia tidak boleh diukur dengan nilain empirikal umpama sains dan matematik...
Alhamdulillah, belajar satu bidang falsafah dalam subjek Theory of Knowledge banyak mematangkan saya dalam memahami hakikat seorang individu dengan individu yang lain..
Ingin menjadikan semua badan gerakan ini menjadi satu bukan umpama guli yang berpuluh mampu dikumpul dalam satu bekas...
Tapi ia melibatkan pemikiran manusia yang perlbagai...

Solusinya?
Memang nak menyatukan semuanya sekali kelihatan agak mustahil...

"Eleh,boleh  ajer la, Am!", kata suara-suara latar dari hujung mana...

Susah...
Ini melibatkan soal ideologi masing-masing...
Soal kefahaman masing-masing...
Dalam kes ini kita sangat-sangat perlu berpijak di bumi yang nyata...

Jadi camne nak selesaikannya?
Sighhhhhhh...
Isu ini bukan isu biasa...
Semua perlu berada di landasan yang realistik...
Jangan menunggu untuk keajaiban berlaku...

Caranya...
Masing-masing tolong komited dengan jalan masing-masing...
Dan fokus pada objektif, yakni matlamat masing-masing...
Ambil sahaja mana-mana jalan yang ada...
Yang dirasakan sesuai dan dekat di hati masing-masing...
Pegang amanah nih!
Kita perlukan gerak kerja yng berfokus...
Bukan sibuk nak bergaduh siapa yang benar...
Bukan sibuk nak menuduh fikrah yang itu salah, hanya fikrah yang sesama sendiri ajer betul..
Nauzubillah...

Cuma ingat satu benda...
Walau kita ambil jalan yang berbeza...
Renung sejenak...
Destinasi akhir kita tetap sama...
Tetap kepada islam yang satu itu..
Ayuh kita bersua di puncak kegemilangan...
^^

Berada di jalan yang berbeza bukan bermaksud kita tidak boleh bergaul dengan mereka dari pihak yang lain...
Kalau rujuk kebanyakan catatan saya sebelum ini...
Perkataan "ikhwah" yang saya gunakan bukan hanya merujuk pada mereka yang berada di jalan yang sama dengan saya...
Tapi saya merujuk kepada ikhwah dari pihak lain juga...
Kerna persaudaraan kita bukan hanya untuk seangkatan tapi untuk semua umat islam...

Izinkan saya letakkan dua sumber rujukan yang sesuai untuk level kita sebagai geng-geng beginner ni..
Boleh rujuk di sini...
Dan satu lagi di sini...
Tolong baca dan fahami dengan hati...

Sedih andai ada yang bergaduh dan bermasam muka dengan isu sebegini...
Bimbang andai ada antara kita yang baru menceburkan bidang ini dalam setahun dua...
Mula menanamkan kefahaman 'kekitaan' ke dalam diri anak-anak usrah di bawah jagaan kita..
Tolongkan jernihkan fikiran sebelum bergerak...

Renung sejenak wasiat kelapan daripada 10 wasiat pak cik Hassan al-Banna...

"Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,
MENGECAM pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan apa-apa 
yang memberikan kebajikan..."
(Pak Cik Hassan)

Untuk ikhwah-ikhwah seperjuangan...
Jangan gentar dalam menghadapi provokasi...
Jadikan ujian sebegini sebagai satu kematangan dalam diri kita...
Sedarkan diri kita mana satu keutamaan..
Sama badan gerakan atau ummah?
Jawab sendiri...

Salam perjuangan untuk diri ini...
Dan juga buat ikhwah-ikhwah seperjuangan...
InsyaALLAH...
Semoga jalan ini kan menyatukan kita semua...

p/s: sedar bahawa diri terlalu awal untuk bercakap tentang isu sebegini, tapi at least pengalaman saya ini dapat dikongsi bersama untuk menghadapi rintangan di kemudian hari... 

(^^)V
peaceeeee.....

Sama destinas walau laluan itu bercabang...

Tuesday, December 28, 2010

Rindu Pada 'Hujan'...

16:02
Selasa
28 Disember 2010

Ada yang kata, balik rumah ni best...
Ada yang kata, balik rumah merupakan ujian terbesar...
Sebab?
Hmm...
Sebab susah nak jumpa dengan geng2 usrah...
Susah nak berhalaqah sebagaimana kebiasaannya dengan ikhwah seusrah...
Dan bila lama sangat tak berhalaqah, maka hati jadi kering...
Kering sekering-keringnya..
Yang memerlukan hujan untuk kembali membasahkannya...

Ramai ikhwah dari pelbagai 'arena' dan 'jalan' yang memberikan pandangan...
Ada yang berkata manfaatkan henset...
Manfaatkan Facebook..
Manfaatkan Yahoo Messenger..
Manfaatkan SKYPE...
Dan macam2 lagi teknologi yang sedia ada...
Memang benar...
Terima kasih atas cadangan...

Tapi rasanya tetap lain..
Rasa untuk bersama dalam halaqah..
Mana mampu ditandingi oleh chatting dengan YM..
Chatting dengan Facebook...
Sms...
Mungkin penyelasaian itu hanya untuk seketika..
Tapi rasa nikmat halaqah itu tetap tak sama...
Mungkin yang merasainya faham apa maksud saya...

Cuma...
Betul ke takde penyelesaian untuk benda ini?

Rasa-rasanya ada...
Penyelesaian iu sentiasa ada...
Cuma segala-galanya terletak atas diri kita sendiri..
Nakkan penyelesaian? Cari...

Kadang-kadang kita terlupa...
Terlalu biasa bersama ikhwah yang kita kenali di kolej ataupun di universiti...
Kita terlupa ikhwah yang sama ada di mana-mana...
Di mana-mana sahaja ceruk Malaysia ini...

Dan alhamdulillah...
Terima kasih kepada Akhi Na'im Che Rahimi...
Sahabat seperjuangan di KMB...
Walaupun akhi yang seorang ini muda setahun...
Tapi rasanya pengalaman dirinya sendiri lagi banyak daripada diri ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberi info tentang program umum yang ada di Kelantan..
Dengan rehlah di La Hot Spring yang boleh dikatakan agak kelakar..
Sebab? Erm, boleh rujuk Facebook saya...
Dari La Hot Spring, pergi ke Lata Tembakah, kemudian kembali ke La Hot Spring lagi..
Ada saya nyatakan segalanya dalam album khas...
Dengan futsal nyer lagi beberapa hari lepas...
Yang menyebabkan diri ini terubat jua seketika dengan rindu pada ikhwah di KMB...

Terima kasih juga pada akhi Syahmi daripada Taylor's College...
Kerana berjaya menubuhkan usrah sementara di Kelantan untuk geng2 KolPer(Kolej Persediaan) yang sedang bercuti...
Terima kasih kepada Akhi Wan Imran dari Monash University, Australia...
Yang sanggup menjadi murabbi kami dalam halaqah...
Alhamdulillah..
At least dalam cuti ini selama sebulan masih ada usrah...

Bercerita mengenai usrah...
Ter-reunion kejap dengan sahabat yang pernah berada di SMACH bersama suatu ketika dahulu...
Tersua kembali dengan Ariff Rumy, seorang junior yang muda setahun di SMACH dulu...
Kini berada di INTEC...
Rasanya last sekali berjumpa dengan Rumy masa program KILAT...ISK utk student oversea di Masjid KLIA...

Dan untuk diri kita semua..
Mungkin boleh renung sejenak tentang diri kita semasa cuti ini..
Di mana minimum level iman kita?
Sudah jauh tersasar?
Atau kalau minimum level berada di paras yang agak tinggi..
Alhamdulillah...
Tapi kalau di tahap rendah?
Kena renung sejenak...
Bagaimana boleh sebegitu rupa...
Dan saya sendiri banyak yang perlu difikirkan tentang apa yang berlaku dalam cuti ini...
Hmmm...

Walaupapepun...
Salam perjuangan untuk semua sahabat...
Dan untuk ikhwah seperjuangan...
Terima kasih atas segalanya...
Baik yang berada di KMB...
Yang berada di Kelantan...
Atau di mana-mana sahaja...
Semoga terus tsabat...
InsyaALLAH...

'Hujan' itu membasahkan hati yang kering...

Thursday, December 23, 2010

PPOC Perak Version 2.0

Isnin
12 Disember 2010

Hari kedua di Perak...
Maka segala yang sebenar kan bermula...

Dari pagi-pagi lagi bersiap sedia untuk bergerak ke PPOC Perak dari Hotel Bajet Medan Gopeng...
Tiba di bengkel PPOC dalam pukul 9.30 pagi...
Bila kami pergi ke pejabat di bengkel, sekali kena daftar diri di Ampang...
Apekah? Jauhnya...
Memang itu yang mula-mula terdetik di hati saya...
Tapi...
Lain yang jadi..

Sebenarnya...
Kami berlima akan beroperasi di bengkel PPOC Perak yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh..
Sebaik tiba di bengkel, kami diarahkan untuk melaporkan diri di pejabat utama yang terletak di Ampang..
Ampang? Ipoh?
Uuuuu... Jauh tu...
Tapi sebaik sahaja bergerak dengan kereta...
Lain yang jadi...
Dalam lima minit dah sampai ke pejabat PPOC yang terletak di Ampang...
Mula-mula saya ingatkan Ampang yang dimaksudkan terletak di Selangor...
Sekali Sri Ampang, Ipoh, Perak...
Hehe...
Masih teringat sempat berseloroh...
"Perak ni dah cam kes plagiarism, ada Ampang, ada Kota Bharu..."
Hehe...

Agak cuak masuk di pejabat besar dan kan berjumpa dengan orang berjawatan besar, Encik Daniel iaitu big boss PPOC itu sendiri...
Mula-mula seram sejuk...
Tapi hilang sebab Encik Daniel ni sangat ramah...
Jiwa pun cam orang muda lagi walaupun kalau dilihat dari segi umur dah lebih 40 tahun barangkali...

Melalui briefing ringkas tentang PPOC...
Baru saya tahu bahawa PPOC bukan tempat untuk menjaga kebajikan OKU...
Dalam kata lain, bukan tempat untuk menjaga OKU ala-ala rumah kebajikan...
Tapi PPOC adalah tempat untuk melatih OKU dan memberikan pekerjaan kepada mereka...
Bagus bagus...
At least OKU bukan menjadi pengemis di jalanan...
Hoho...

Saya sangat suka tentang cara pandangan Encik Daniel tentang masyarakat kita dan OKU...
Masih teringat kata-kata Encik Daniel,

"Kita orang normal suka label OKU ni sebagai manusia yang 'kurang'.
Mungkin sebab sememangnya mentaliti masyarakat kita yang suka memandang 
rendah orang lain. Bukan Malaysia aje, kalau kita lihat dasar apartheid,
kita akan jumpa benda sama.
Orang kulit hitam dianggap tak normal sehingga diberi kad khas
dan mendapat layanan kelas kedua..."

Hmmm...
Memang...
Tengok aje dalam contoh lain...
Kita sendiri pun suka melabel orang itu dan orang ini sebagai sesat...
Orang itu tak layak terima hidayah daripada Allah...
Orang ini tak setaraf dengan kita sebab tak reti baca al-Quran...
Kita sendiri suka melabel orang lain...
Paling dahsyat...
Apabila para 'daie' pula yang memandang rendah kepada golongan masyarakat yang tak sealiran dengannya...
Pernah pengalaman saya sendiri...
Ada individu yang membenci golongan yang tak reti baca al-Quran walau umur dah menginjak remaja nak masuk 'retua'...
Mungkin kita patut pandang sudut lain...
Menghormati sesetangah golongan yang tak reti baca al-Quran sebab mereka ni yang saya lihat, yang sesetengah ini sanggup menebalkan muka untuk belajar membaca al-Quran dengan member-member walaupun terpaksa menebalkan muka...
Sepatutya kita jadi golongan yang mengubati bukan hanya tahu mengkritik...
At least kita mampu ubah kehidupan seorang dua walaupun tak mampu nak ubah keseluruhan komuniti...
Hmmm....

Berbalik kepada asal...
Usai tamat proses pendaftaran sebagai sukarela...
Kami dibawa balik ke asrama...
Hmmm...
Asrama, bengkel, pejabat. Semuanya bukan dalam satu kawasan bangunan...
Maksud saya, semua di tempat yang berbeza...
Jadi kalau ada urusan di asrama, maka kami terpaksa berjalan dari bengkel ke asrama lebih kurang 500 meter..
Pejabat paling jauh sehingga terpaksa pergi dengan kereta...
Sebenarnya agak baik untuk diri saya supaya sekurang-kurangnya terbakar juga kalori ini..
Hehe...

Masuk asrama...
Wohoho...
semua dah siap...
Cadar, selimut, bantal.. Siap yang baru lagi...

Dan memang bilik kami agak kesunyian walaupun kami berlima bersama dengan 4 orang penghuni yang lain..
Sebab?
Penghuni lain yang sebilik dengan kami semuanya bisu...
Errr, bagus juga...
Akhirnya saya belajar bahasa isyarat asas untuk berkomunikasi dengan mereka...
Hehe..
Alhamdulillah...
Dapat ilmu baru..

Petang tu hany mula dengan muqaddimah...
Lawat ke bengkel...
Rupanya-rupanya...
PPOC Perak adalah pengeluar sampul surat di Malaysia...
Nak tahu sampul surat dari PPOC camne?
Senang ajer...
Sesiapa yang pernah dapat sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA...
Maka ketahuilah sampul surat itu dicetak, dilipat, digam dan dibungkus oleh pekerja PPOC Perak...
Kalau sampul surat biasa, yang kat bahagian penutup surat ada gam warna biru...
Tu pun sampul surat hasil kerja OKU di PPOC Perak...

Sempat borak dengan Bak, seorang warga OKU orang asli yang bekerja di bahagian sampul surat...
Aneh sebab mereka ni mampu bergelak tawa sekali..
Paling mantap ayat Bak cakap kat kami..
"Saya tak pernah belajar bahasa isyarat, tapi masih boleh gelak sekali dengan mereka sebab bila dah lama-lama duduk sekali, memang kitorang akan faham diri masing-masing..."

Wohoho..
Mantap-mantap...
Bukti ukhuwah yang mantap kan melahirkan komunikasi tanpa suara...     
Apekah?      0_o

Malam first di asrama putera PPOC...
Agak aneh kerana penghuni tidur tanpa memasang kipas...
Diorang ni tak panas ke?
Kami berlima siap bawak turun tilam tidur bawah satu kipas...
Tidur ala-ala koboi sikit...

Dan patut pun...
Bila menginjak pukul 1 pagi...
Suhu jadi terlalu sejuk...
Sejuk sangat-sangat...
Hinggakan adipose tissue saya sendiri tak mampu menghalang kesejukan malam yang terlampau amat tersejuk...
*kesalahan tatabahasa di situ...

Hmmm...
Memang tak rugi ikut...
Sebab boleh menyelami kisah hidup mereka yang lain dari kita..
Yang hidup dalam dunia yang penuh sunyi daripada masyarakat...
Sob3...

Ada bakat terpendam di situ...
^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...