Saturday, May 14, 2011

Semalaman Di 'Resort'...

22:07
Sabtu
14 May 2011

*Based on a true story...
Latar Masa : Waktu malam sekitar 10 malam
Latar Tempat : Blok C, asrama KMB..
Latar Masyarakat : Mereka yang terlibat...


Buku Biology IB Guide yang ditulis oleh Andrew Allot itu sedang saya renung. Mengambil kira sebagai sebuah pecutan terakhir bagi menghadapi kertas Biology Higher Level yang bakal menjengah pada hari Rabu ini dalam siri terakhir sebagai paelajar International Baccalureate. Segalanya sebagai persiapan terakhir sebelum final exam IB yang akan habis pada hujung minggu ini.

Khusyuknya diri ini terhenti seketika...

Saya merenung seluar saya. Ada sesuatu.

Dalam hati terdetik. "Eh, ada air milo tumpah?"

Cairan itu saya sentuh dengan hujung jari. Berwarna coklat kehitaman. Pelik sejenak sebab malam itu saya tidak membancuh sebarang Nescafe panas mahupun Milo. Errr, berwarna merah pekat. Saya terhenti sejenak. Darahhhh!!!

Dan tatkala itu baru terperasan bahawa ada darah yang sedang keluar dari hidung saya. Menitis. Pekat. Dan agak banyak...

Segera saya keluar ke bilik sebelah, errr, kosong. Tiada sesiapa di situ. Dan room-mate saya juga tiada di bilik. Saya agak panik. Andai yang keluar itu adalah sedikit, tidak dirunsingkan sangat. Tapi hingga ke saat menitis dan seolah-olah tidak mahu berhenti, agak merunsingkan.

Alhamdulillah...

My usrah-mate lalu depan bilik. Mungkin sudah ditetapkan oleh Allah yang akan membantu saya adalah ikhwah sendiri.

"Poiq, tolong sikit. Jom jumpa warden. Tengah bleeding nih." Sedikit nada suara merayu di situ.

Berkejar ke bilik warden Blok C, kosong, tiada siapa di situ.
Berkejar ke bilik warden Blok B, kosong jua...
Berkejar ke bilik warden Blok A, pun kosong...

Call Cikgu Hafizi, bantuan akan tiba dalam masa beberapa minit sahaja lagi memandangkan Cikgu Hafizi sendiri tidak berada di kolej. Dan masih sempat berkejar ke rumah Ustaz Shiham andai bantuan lagi cepat dari situ. Pun Ustaz Shiham tiada di kolej kerana ada urusan di Bangi.

Saya ke surau sejenak, duduk untuk mengelakkan diri ini daripada pening. Dan saya sendiri tiba-tiba teringat, IC tiada dalam dompet. Sempat berlari ke bilik untuk mendapatkan IC. Datang balik ke surau, Cikgu Hafizi sedang menanti dengan kereta. Memandangkan Faiq Syuk sendiri ada urusan dengan Year 1 malam itu, Ikhwan Hafiz yang menemani saya.


********************************


Ke klinik Fuziah untuk mendapatkan rawatan. Namun Doktor Fuziah sendiri yang menyuruh saya merujuk kepada Hospital Putrajaya memandangkan darah yang keluar bukan sedikit. 

Usai surat dibuat sebagai rujukan di Hospital Putrajaya, terus bergerak ke sana...

Dalam hati ini sudah berkira-kira, adakah diri ini akan ditahan di wad atau akan pulang ke KMB malam itu juga.

Bimbang andai ditahan di wad sehingga hari Ahad, memandangkan hari Isnin ini akan menghadap kertas Malay SL Paper 2...


********************************


Terus dikejarkan ke unit kecemasan. Masih teringat semasa sesi pendaftaran di unit kecemasan, saya ditanya oleh petugas di situ...

"Tu adik ke?", tanya brader yang menguruskan pendaftaran saya.

"Eh, tak. Member sekolej."

Sedikit tergelak. Mungkin kerna saiz Ikhwan yang agak kecil, hingga disangka sebagai adik... Hoho.

Menungu hampir setengah jam, baru saya dibenarkan masuk ke dalam Unit Kecemasan untuk rawatan.

Di'urut' sejenak oleh doktor untuk memeriksa ginjal saya pabila saya beritahunya bahawa tekanan darah saya pernah naik dengan dahsyat.

Alhamdulillah, 'kidney' saya ok. 

Tatkala sampel darah ingin diambil, baru tahu ada sesuatu. 

Lidah dan mata saya diperiksa, ternyata saya sedang mengalami dehydration.

Sebotol air dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan diri ini ke normal. Merenung jam di tangan, baru pukul 1.05 pagi. Tempoh masa untuk menghabiskan satu botol air mungkin memakan masa selama 3 jam. Sempat saya call mereka (Cikgu Hafizi + Ikhwan Hafiz) yang menunggu saya di luar sana. 

"Kitorang balik dulu, dalam pukul 3 nanti awak call balik yer", suara Cikgu Hafizi di hujung talian. 

Dan saya?
Merehatkan diri di atas katil dalam wad kecemasan. Berkali-kali tekanan darah saya diambil. Sampel air kencing turut diambil sebanyak dua kali memandangkan wujud kehadiran darah yang sedikit dalam air kencing. 

Tak mampu untuk tidur lena dalam wad kecemasan memandangkan ada 'sedikit' riuh rendah di luar sana. Seorang pak cik terjatuh dari Tingkat 1. Kaki dan tangannya patah, dan dia sendiri dalam keadaan separa sedar. 
Berhadapan dengan saya seorang nenek tua yang sedang merintih kesakitan kerana masalah apendik.
Dan di penghujung wad, seorang bayi yang dimasukkan ke unit kecemasan kerana mengalami epilepsi (sawan) akibat demam panas. 

Dan saya kira saya yang agak bertuah kerana tidak mempunyai sebarang rasa sakit. Masih boleh tersenyum. Masih boleh berbual dengan nurse yang sentiasa memantau keadaan saya. 

Mendapat panggilan daripada seorang ikhwah, Incik Firdaus Mat Noh.

"Abe, ko kat ne?"

"Hospital Putrajaya. Takpe esok aku citer." Perlahan suara saya menjawab soalan di hujung talian.

Saya menyudahkan perbualan. Bukan kerna malas melayan, bimbang menzalimi mereka yang ditempatkan satu wad dengan saya. 

Dalam pukul 2.30 pagi, sebotol air dihabiskan. 

"Ada rasa nak terkencing?", tanya doktor.

"Takde." ringkas sahaja jawapan saya. 

Satu botol lagi air dimasukkan. Sudah saya faham di saat itu, saya kan menghabiskan satu malam di wad kecemasan. Satu botol lagi air dimasukkan, bermakna lagi 3 jam baru habis.
Objektifnya hanya satu, untuk mendapatkan sampel urin untuk mengesan sebarang darah dalam air kencing saya. 

Objektifnya tercapai dalam lingkungan pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah, tiada lagi sebarang darah dalam sampel air kencing. 
Diarah untuk berehat dalam wad kecemasan hingga ke pagi memandangkan tekanan darah saya yang agak tinggi, 142/80 Hg mm.
*Seorang individu normal sepatutnya lingkungan 120/80 Hg mm.

Saya dibenarkan keluar dari wad dalam pukul 5 pagi. Ke farmasi untuk mengambil ubat. 

Ubatnya?
Sebotol Potassium citrate solution (3g/10ml) yang perlu dilarutkan dalam secawan air dan diambil 3 kali sehari selama 3 hari untuk mengembalikan kepekatan darah ini.

Cuaca yang agak panas di sekitar Banting seminggu dua ini menyebabkan saya mudah berpeluh. 2 hari yang lepas, bekalan air saya habis dan silap saya sendiri yang tidak mengambil peduli tentangnya, mungkin bajet sibuk dengan final exam yang sedang berlangsung. 

Dehydration dan tekanan darah yang sedikit meningkat. Satu pakej lengkap untuk menyebabkan saya meluangkan masa di Wad Kecemasan selama satu malam. Heheh.
Mungkin juga sebagai kifarah dosa ini disebabkan hati ini yang mudah sangat berbolak-balik.


***************************


Sekitar 7.00 pagi, mendapat panggilan daripada ikhwah veteran, Pak Cik Zul.

"Ikram kena tahan dalam wad ke? Makcik (doktor Fuziah) cakap awak tak sihat semalam sampai kena pergi ke hospital?", tanya pakcik.

"Tak, dah boleh balik.", pintas saya..

Mendapat beberapa nasihat daripada pak cik, yang sememangnya agak mengambil berat dengan keadaan ikhwah KMB.  Terasa segan seketika.
Peti mesej sudah penuh dengan mesej dari ikhwah KMB yang mendapat tahu keadaan saya.
Maaf, tak terbalas kerna bateri henset yang kian lemah, dan kredit yang sudah kehabisan... ^^


*******************************

Sekitar jam 8.00 pagi, Cikgu Hafizi mengambil saya di hospital. 

"Dah makan?"

"Dah, cikgu. Kat kafe tadi. "

"Kata pukul 3.00 pagi settle?", tanya Cikgu Hafizi yang sejak semalam banyak membantu saya.

"Owh, sebab dua botol air masuk dalam badan semalam." jelas saya.

Tiba di KMB dalam jam 8.30 pagi. Terserempak dengan Incik Adam yang sedang menguruskan 'bulatan gembiranya' di surau KMB. Sempat memberi penjelasan ringan-ringan kerna keadaan diri ini yang ditanya. Hehe...

Dapat sebungkus kismis, dan sekotak air susu. Rezeki. Hehe. 

Usai mandi pagi, terus saya bancuh air garam yang diberi dan menenangkan diri ini. Kerna semalaman saya tidak dapat tidur dengan yang sebenarnya, disebabkan oleh kekalutan di ruang Wad Kecemasan yang turut mengheret saya secara tidak langsung. 
Baru sedar betapa sibuknya ruangan itu...


*****************************

Menulis sebuah catatan panjang ini, kerna ingin memberikan setinggi penghargaan buat mereka yang terlibat dalam membantu diri saya ini, baik secara langsung atau secara tidak langsung...

Terima kasih kepada Incik Faiq Syuk yang sanggup berkerjar ke Blok A, B dan C semata-mata ingin mencari warden bagi membawa saya ke hospital...
Terima kasih kepada Incik Ikhwan Hafiz yang sanggup menemani saya ke hospital...
Setinggi penghargaan kepada Cikgu Hafizi yang sanggup menghantar saya ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya, sanggup pulang lewat tengah malam merangkap juga awal pagi, dan mengambil saya pagi tadi di hospital, walapun sebenarnya bukan dia yang bertugas pada masa kejadian...

Setinggi penghargaan juga kepada PakCik Zul yang mengambil berat dengan diri ini...
Dan juga tidak dilupakan juga kepada Incik Solo yang sanggup meminjamkan hensetnya kepada saya selama satu malam, sempat juga merasa Experia Sony Ericsson, kerna bateri henset saya yang sudah lemah semasa  ingin berkejar ke hospital...

Terima kasih kepada semua yang mengambil berat. Jasa kalian tidak akan dilupa.. Hoho.

(^_^)V


Sempat bergambar di ruangan Wad Kecemasan.
(0.9% NaCl solution sedang dimasukkan ke dalam badan)



p/s : Kepada mereka seramai 11 orang, u know the reason... Ihik3. (Hanya mereka yang faham mesej ini, dan mereka sendiri yang tahu andai mereka termasuk dalam senarai 11 orang itu)

p/ss : Maaf buat pembaca yang tidak faham mesej dalam 'p/s'...

Sunday, April 10, 2011

Variasikan Ia, Jangan Sempitkannya...

09:30
Ahad
10 April 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang 18 Mac itu, lebih kurang pukul 4.00 petang, henset saya bergetar. Satu mesej diterima.

"Am, aku tunggu ko kat LCCT."
~Kamal~

Dan saya, hanya tersenyum. Sebab flight pada petang itu delay selama 40 minit. Sepatutnya sudah berlepas ke Kuala Lumpur dalam jam 5.10 petang, tapi ditunda sehingga pukul 6 petang seingat saya baru berlepas. 

Dan teringat sejenak. Siapa sangka, saya ingatkan penerbangan pada petang itu kan berseorangan, sekali satu flight dengan pengetua saya ketika berada di SMACH, Cikgu Kamaruddin Jaafar, sekarang bertugas di Faris Petra..

Menunggu flight yang delay, memang bukan satu kegemaran. Heheh. Buku 'Tau Tak Apa' yang ditulis oleh HM Tuah Iskandar yang saya beli semasa cuti raya cina mengubat masa daripada terus terbuang. Dan di sebelah, seorang brader dari Vietnam mula menegur saya. Mungkin dia sendiri sudah merasa kebosanan dengan masa menunggu yang masih lama sebelum penerbangan. 

Di hadapan saya, 2 orang mak cik yang sedang berbual sesama sendiri. Tatkala saya tanya mereka, filght mereka delay 4 jam! Sepatutnya berlepas pada jam 3.00 petang, tapi delay sehingga 7.00 malam. 
Fuhh, nasib baik tak terbeli yang pukul 3 petang... Kalau tak, mungkin ada gangguan emosi kelak. 

Alhamdulillah, walaupun penerbangan agak lewat tapi segalanya ok.


Segalanya Baru Bermula...

Pendaratan pada petang itu agak lewat. Merenung jam Seiko 5 di tangan, dah menjengah masuk pukul 7 petang. Dan saya masih tertanya-tanya, bagaimanakah dengan sahabat yang seorang ini,Kamal, menunggu ketibaan saya sejak pukul 3 petang lagi di LCCT. 

Jaulah yang dirancang sebelum cuti baru sahaja bermula sebaik saya memijakkan kaki ke LCCT. Keesokan hari akan bertolak ke Batu Maloi, Negeri Sembilan untuk bergabung dengan ikhwah dari tempat lain bagi meneruskan satu aktiviti yang agak mencabar...

Fuhhh...

Cuti seminggu mula menimbulkan bait-bait kerinduan terhadap ikhwah seperjuangan di KMB. Usai berjumpa dengan Kamal, kami menuju ke Food Court untuk sebuah bekalan bagi perjalanan malam itu yang agak mencabar mungkin. 

Selepas solat maghrib, berkira-kira untuk mendapatkan teksi untuk pulang ke KMB, namun segalanya lebur tatkala memikirkan tambang yang menanti!

Mengambil free shuttle ke KLIA, dan dari sana akan ke KMB dengan bas Banting-KLIA. Solat isyak di KLIA. Dan sempat bergambar di KLIA sebagai kenangan dan sebagai sebuah pendorong. Hehe. 

Bersama backpack Deuter yang menemani sebuah perjalanan panjang.

Travelmate malam itu, Incik Kamal.

Bas yang dijangka tiba jam 9.45 malam masih belum muncul. Hingga pukul 10.00 malam, masih juga belum muncul. Dan kami mula berkira-kira untuk bermalam di KLIA dan mengambil bas seawal 6.30 pagi untuk ke kolej. Namun, pastinya Khai akan keseorangan di kolej malam itu. 

Alhamdulillah, bas tiba tepat jam 10.30 malam. Nampaknya Khai tidak akan keseorangan di KMB malam itu....

Lewat jam 11.00 malam, baru tiba di persimpangan masuk ke KMB. Dengan malam yang cukup gelap. Mungkin bagi KMBianz akan faham tahap kegelapan jalan yang saya maksudkan itu. Tanpa kewujudan lampu jalan untuk memberikan sedikit sinar, torchlight LED dalam beg sedikit membantu untuk memberikan cahaya kepada perjalanan kami. Kerna malam itu terpaksa berjalan dalam gelap tanpa cahaya bulan dengan hujan renyai-renyai...
Kisah benar nih, bukan sekadar 'buhung' semata-mata...

"Pandai-pandailah kamu jaga diri eh.", kata pak guard tatkala kami tiba di KMB. Diberi keizinan untuk masuk ke bilik walaupun kami datang 2 hari lebih awal. Hehe. 

Dan malam itu, sebuah keletihan menjadi pemangkin untuk terus tidur sebaik pintu bilik dan beg diletak...


***********************************


Sebuah Perjalanan Yang Panjang...

Pagi itu baru bersua dengan Khai yang tiba ke KMB lewat malam semalam yang datang dari Johor...

Borak-borak sejenak di bilik Incik Kamal sebelum sang murabbi datang untuk memulakan perjalanan.

Bila lelaki berbicara...

Bajet briefing sebelum jaulah...


Sang murabbi datang dalam jam 8.00 pagi dan terus meneruskan perjalanan untuk tidak membuang masa. Dan saya ingatkan ia sebuah perjalanan yang singkat. Rupanya lewat tengah hari baru tiba di Batu Maloi. 

Namun, sempat jua melepaskan lelah sejenak dan untuk 'refuel' di R&R Seremban. Dengan sedikit pengisian ringan-ringan selepas solat dhuha. Semuanya berkisar tentang sirah yang sahih. Kisah mengenai para Sahabat. Dan sudah lama saya merasakan sesuatu, pemahaman diri ini terhadap sejarah-sejarah silam  para Sahabat menjadi lebih jelas sejak berkecimpung dalam arena usrah.
So, sape-sape yang nak faham kisah Baginda dan para Sahabat dengan best dan lagi jelas, jom join usrah! Hehe...

'Penceramah' jemputan yang datang dari 'Newcastle'...
(^_^)V


Buat Pertama Kalinya...

Dan hari itu, menjadi sejarah buat diri saya untuk terus meneroka jauh ke dalam Negeri Sembilan. Jika selama ini hanya berlegar sekitar Seremban sahaja. 

Singgah di bandar Tampin pada jam 10.30 pagi untuk mencari bekalan jaulah.

1st time di Tampin...

Incik Kamal...

Bandar Tampin, luas jugak...

Bajet kereta sendiri jap...


Batu Maloi, N9...

Tiba di Batu Maloi dalam jam 12.30 tengah hari. 

Bergabung dengan ikhwah dari UNIKL yang sedang mengambil course engineering, ada chemical engineering, ada itu, ada ini. Tak tahu nak sebut sebab enginerring, kalau medik senang barangkali. Heheh.
Dan mereka ini akan sambung 2nd year pada tahun depan di Australia dan mengakhiri study di sana... 

Caving akan bermula pada pukul 3.00 petang. Dan agak risau sebenarnya, kerna hujan mula turun dengan lebat. Andai hujan tidak berhenti, maka perokaan gua akan ditangguhkan keesokan hari kerna caving dalam hujan amat berbahaya, selain licin, paras air dalam gua akan naik!

Buat pertama kalinya dalam hidup saya sendiri, malah kami semua mungkin, solat dalam hujan. Dalam titis air yang jatuh itu, kami menunaikan solat zohor di tengah-tengah padang. Hanya kanopi plastik dihampar sebagai alas untuk digunakan sebagai ruang solat. 
Feeling solat dalam hujan lebat dengan basah kuyup?
Errr, cuba rasakan sendiri...
Sebab agak susah untuk dijelaskan....                       (^^,)V

Seribu kali sayang...

Tiada sebarang gambar yang dapat diambil semasa caving sebab hanya air minuman dan torchlight dibenar masuk sebab kebarangkalian untuk hilang amat tinggi...

Aktiviti caving agak mencabar, dan sangat mencabar sebenarnya. Sebab tiada sedikit pun ruang untuk saya berdiri. Yang ada hanya meniarap, baring atau merangkak. Dan yang tinggi-tinggi dan 'lebar' macam saya, usah diimpi untuk berdiri dalam gua itu...

Selama 3 jam berada dalam gua. Sungguh membakar kalori...

Dan keluar dari gua lewat jam 5 petang. Sebenarnya masih ada laluan yang perlu diambil, tetapi terpaksa keluar kerana paras air dalam gua mula meningkat naik dengan mendadak dan keadaan ini amat membahayakan. Ditambah lagi dengan arus air dalam gua yang sangat-sangat laju, sehinggakan saya sediri boleh terhanyut beberapa ketika.

Usai aktiviti caving, terus solat asar dan membantu ikhwah UNIKL memasang khemah kerna mereka akan bermalam di situ manakala kami dari KMB akan meneruskan jaulah ke tempat lain. Terasa seperti brader JPAM seketika kerna saya bertugas untuk memasang khemah bersama dengan beberapa orang ikhwah UNIKL...


Tak abih2 dengan bergambar eh?


Bergabung dengan ikhwah UNIKL...


Sebelum pemasangan khemah...

^^



Meredah Kegelapan Malam...


Malam itu, selepas makan malam dengan hasil BBQ. Mula bergerak keluar dari Batu Maloi untuk ke tempat lain (yang dirahsiakan)..

Namun, kami merancang, tapi Allah yang menentukan segala detik perjalanan ini.

Terpaksa pulang ke KMB kerna program di tempat tersebut dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

Dan malam itu, masuk ke KMB dalam jam 1.00 pagi, dengan semua orang dah keletihan yang amat. Masuk bili, terus ajer tidur...

Alhamdulillah... Hari ahad yang kosong itu dimanfaatkan untuk study pulak.. (Poyo..)

Segalanya menjadi sebuah kenangan yang amat berharga. Objektif jaulah tercapai. Dilangsungkan dengan jayanya walaupun tanpa kehadiran 5 orang ikhwah seusrah dalam perjuangan ini kerna mereka sendiri mempunyai komitmen yang lain...
Dengan keluarga barangkali...

Semoga jaulah ini menjadi objective-oriented, bukan program-oriented...
InsyaALLAH...



***********************************


Sebuah Kesimpulan..

Mungkin ada yang tertanya-tanya atas sebab apa saya menulis kisah jaulah ini...

Semuanya dicatat dengan bersebab....

Segala aktiviti ini dibuat dengan teman seusrah. 
Dan ingin saya sedarkan, bahawa usrah itu bukan dilimitkan pada sebuah pengisian di surau semata-mata...
Bukan dibataskan hanya dengan sitting di surau semata-mata...
Bukan hanya dibataskan dengan pemikiran bahawa usrah itu dihadiri dengan kopiah di kepala, jubah di badan...
Bukan dibataskan dengan duduk dan mencatat semata-mata...

Tapi...
Usrah itu boleh juga dijalankan dalam apa cara...
Berkhemah...
Berkayak...
Travelling...
Makan-makan...
Dan apa cara sekalipun...

Kerna semua itu hanya wadah...
Hanya sebuah medium...
Dan objektifnya itu yang lagi penting...

Usrah itu bukan sekadar duduk mendengar...
Tapi duduk, mendengar, mencatat...
Ingat segala yang disampaikan...
Dan yang penting...
Berfikir, dan laksanakan...
Secara beramai-ramai...
Apa yang ada pada sebuah perubahan andai hanya dinikmati seorang diri...
Walaupun perubahan itu melibatkan perubahan setiap individu...

InsyaALLAH...
Jom ubah orang sekeliling...

Dengan apa?
Dengan usrah...

Jom jom...
Secara beramai-ramai...
Jangan berubah seorang diri eh?
Hehe...

Peaceee.....


Friday, April 1, 2011

Tatkala Dilema Itu Datang...

22:15
Jumaat
1 April

Bismillahirrahmanirrahim...

p/s: post ini bukan pasal April Fool, apatah lagi nak mengenakan orang lain, bukan menceritakan asal-usul April Fool, cuma kebetulan menulis pada tarikh ini...


Sering kadang-kadang hati kita 'berkokok' bangga bahawa kita telah tetap kedudukan kita di jalan Dakwah dan Tarbiyah(DnT) ini. Mengandaikan bahawa kerna kita telah mempunyai usrah, telah membawa usrah, telah diasuh oleh naqib-naqib merangkap abang-abang  misteri yang datang dari mana entah...

Mungkin kadang-kadang terlintas di hati bahawa kita telah berjaya meletakkan DnT sebagai carta teratas dalam list kita. Tapi sering juga, dalam kita melengkapkan carta itu, kita kan diuji untuk membuktikan praktikalnya diri kita dengan priority list yang telah kita siapkan itu...
Andai carta itu bukan dalam bentuk kertas umpama flat file database, mungkin juga dalam bentuk elektronik yang menghiasi notes yang terpampang di muka lappy yang terchenta...
Atau mungkin di notes henset Sony Ericsson (bukan dapat elaun promote enset eh..)...
Atau senang, list itu kita letak dalam kepala kita, dalam minda kita....

Ya, mungkin kita telah letakkan kedudukan DnT sebagai laku utama dalam diri kita...
Tapi, tahap manakah teori itu kan terbukti sebagai satu praktikal???

Dalam saat kita merasakan bahawa kita telah menjadikan diri kita sebagai seorang penggerak. Semestinya kita kan diuji. Bohong andai mengatakan bahawa kita takkan diuji. Andai masih belum diuji, maka tunggulah saat itu kan tiba...

Ujian itu bukan susah bentuknya...
Boleh datang dalam bentuk yang paling ringkas..
"Simple ajer bentuknya!", bak kata orang Jawa...

Dilema...
Ya, saya rasa memang itu yang sering kita alami...

Tatkala daurah, mukhayyam, jaulah dan bla3 telah diaturkan...
Maka di saat itu juga kita telah tersedar bahawa tarikh itu bertembung dengan program yang lain...

"Adeiihhhh, ada meeting la plak!!"

"Alamak, ada farewell party dengan kelab A!"

Maka, di saat dilema itu telah datang...
Yang mana kita pilih?
DnT?
Atau benda lain?

Jawab sendiri...
Tak perlu dijawab pada ruangan komen...
Tapi jawab sendiri dalam hati...


**************************************


"Ada kena join meeting la, bang."

"Ana ada tournament..."

Apakah feeling seorang murabbi bila anak didiknya selama ini tiba-tiba memberikan alasan sedemikian?
Mungkin ada yang sedikit remuk...
Ada yang sedikit kecewa...

Errr....
Kecewa?

Jap jap...

Tak perlu pergi jauh...
Cuba check sejenak dengan diri kita. Bagaimana dengan status hubungan kita dengan si Dia kebelakangan ini? Ok? Sihat?
Atau sekadar melepaskan yang wajib-wajib..
Mutaba'ah amal sekadar melengkap, bukan melebihi daripada yang telah ditetapkan..
Atau mungkin mutaba'ah amal tak lengkap untuk semiggu dua ini?
Bagaimana status online kita dengan si Dia?

[Sighhhh...]

Dan saya yang sedang mengalami masalah ini. Perlu renung balik status online dengan si Dia kebelakangan ini. Mungkin sebab ada sedikit kecacatan, melengkapkannya dengan caca merba, maka saya sedang menuai hasilnya..

Sabar, Am!
Jangan kecewa...

Tak tak...
Tak kecewa...
Cuma sedang merenung diri sejenak...

Menulis masalah ini di catatan ini..
Untuk direnung bersama antara kita. Andai tiba-tiba hubungan 'orang bawahan' kita agak longgar dari DnT secara tiba-tiba buat kebelakangan ini... Maka renung balik hubungan kita dengan si Dia di atas sana...

Jangan hairan andai tiba-tiba segalanya tak menjadi sehari dua ini, kerna hubungan kita dengan si Dia yang agak longgar sedikit kebelakangan ini...
Kerna Dia yang memegang hati 'orang bawahan' kita...
Dia yang memegang segala masa yang bergerak di dunia ini...
Dia yang menetapkan segala yang berlaku...

Hmmm...
Renungan bersama...
Jangan kenal erti putus asa. Cuma kadang-kadang renung balik status kita dan dia. Terlalu banyak online dengan Facebook, hingga kurangnya online dengan Dia...
Baiki balik segalanya, kerna semuanya tidak pernah terlewat di jalan yang bernama DnT ini...
InsyaALLAH...

(^_^)V
Peaceeeee...............

Pilih antara dua online, dengan si Dia atau siapa?

Thursday, March 31, 2011

Latar Pemikiran Yang Berbeza...

13:25
Rabu
30 Mac 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

"Manusia akan menilai sesuatu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada..."

Sumber?
Maaf, saya tak ingat saya baca dari buku mana...
Mungkin dapat ilmu ni semasa kelas Theory of Knowledge barangkali...

"People will judge anything based on their knowledge and their experiences!!!"

Setakat manakah hakikat ini benar? Atatu yang wujud hanya sekadar 'quotation' yang direka semata-mata, sekadar untuk mempopularkan individu-individu tertentu?


****************************************************

Siapa yang tidak kenal dengan Puan/Ustazah/Kak (apa nak letak eh???tak tahu mana sesuai) Fatimah Syarha Mohd Noordin?

Mungkin barangsiapa yang pernah menyentuh sisi atau keseluruhan buku-buku yang pernah ditulis oleh penulis yang satu ini, kan mengenalnya...
Dengan buku Tautan Hati...
Dengan buku Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul...
Palestin Kami Datang...
Syabab...
Dan banyak lagi...

Cuma untuk kali ni, saya akan sentuh sedikit tentang buku yang satu antara senarai yang disebutkan. Buku apa?
Errrr, jom sentuh Tautan Hati sejenak...


Koleksi yang saya ada...


Menghiasi 'dirinya' bersama dengan koleksi buku lain...
(^_^)V


Buku yang satu ini, diperkenalkan kepada saya tatkala saya masih lagi seorang pelajar yang baru sedikit matang semasa di Smach dahulu. Pertama kali diperkenalkan oleh Syahrul Nizam kalau tak silap. Buku yang pernah dibaca oleh majoriti komuniti dorm MN4 (Murad Noor 4) masa itu...

Dan masih saya ingat...

Agak hangat diperkatakan tentang satu bahagian yang menceritakan bagaimana Umar al-Mujahid yang akhirnya berkahwin dengan seorang watak wanita bernama Asiah Yusra. Walau pada permulaan cerita menceritakan bagaimana Umar yang asalnya merupakan insan yang agak 'qowiey' di sekolah menengahnya satu ketika dahulu sebagai penggerak islam...

Apa, Am?! Cinta?!!!

Ya, itu yang kami jumpa...

Dan alhamdulillah...
Pembacaan saya tidak terhenti di situ. Sekali lagi buku yang sama saya temui semasa menginjak naik ke Form 5, Tautan Hati. Menikmati jalan ceritanya sekali lagi, dan sebaik menghabiskannya buat kali kedua, saya menemui benda baru.

Apa yang saya temui?
Sebuah kisah cinta yang berlandaskan islamik. Sebuah cinta yang telah dijanjikan oleh Allah sebagaimana dalam surah An-Nur, surah ke-24 dan pada ayat ke 26...


"...wanita yang baik untuk lelaki yang baik, 
dan sedangkan pula lelaki yang baik untuk wanita yang baik."


Ramai yang pernah dengar ayat yang cukup popular ni kan???

Dan tahu apa kesannya kepada mereka yang turut sama membaca buku ini? Terasa masih ingat sebahagian kami berseloroh tentang wanita yang solehah untuk sesiapa yang sanggup menjadi soleh.

Hingga tatkala ada insan yang masih tidur semasa waktu asar menginjak masuk, ada yang mengejutkan sesama member dengan berseloroh, "Jom pi asar surau! Jadi soleh, dapat solehah..."

Hmmmm....
Agak gila di situ...
(Usah diperkata tentang niat...)

Masa itu tetap berjalan. Dan dari bumi Labok, Machang itu saya tinggalkan dengan ladang kelapa sawit yang menebal di sekelilingnya, meneruskan sebuah kehidupan di Kolej Muslim Brotherhood (KMB).

Masa itu semester 2, awal tahun 2010. Sedang saya langkahkan kaki ini di MPH Bookstore Alamanda, Putrajaya, 'terserempak' dengan buku yang sama. Detik hati ini, andai selama ini asyik pinjam dengan orang lain, alangkah baik dijadikan koleksi pula. Buku yang bagus sesuai memenuhi rak di KMB...

Selama dua hari saya ambil untuk habiskan buku yang satu ini. Bayangkan sendiri bagaimana khusyuknya saya baca sehinggakan dihabiskan dalam masa 2 hari...

Dan tatkala halaman terakhir pada muka surat 785 itu saya tutup pada jam 4.20 petang bertarikh 25 Januari 2010 (setiap buku saya catat tarikh dan masa bacaan dihabiskan), saya tersenyum...
Mungkin tergelak kecil seorang diri dalam bilik buat sementara waktu...

Buat kali ketiga saya baca...
Termenung sejenak. Bagaimana bacaan selama ini agak terpesong dari objektif asal buku ini ditulis...

Apa objektif asalnya?
Secara individu, tatkala saya baca buat kali ketiga, apa yang saya temui adalah satu kisah susunan usrah yang sangat tersusun yang cuba digambarkan oleh penulis yang bergerak akftif di kampus-kampus. Buku yang berhalaman sehingga 700 lebih muka surat ini bukan bicara pasal cinta anta anti, bukan kisah kapel islamik yang sibuk memenuhi panggung wayang sekarang, tapi bicaranya adalah pasal dakwah...

Atau dalam erti istilah yang lebih tepat, Dakwah Fardhiah (DF)...
*sila rujuk teori ini dalam artikel Dakwah Fardhiah yang ditulis oleh Mustapha Masyhur, download di sini...

Cuma ingin dengan jelasnya saya perkatakan...

Adakah saya bersalah kerana memahami novel Tautan Hati ini sebahagian rupa tatkala saya membacanya buat kali pertama dan kali kedua?
Apa yang menyebabkan kali kedua membacanya, saya memahami benda yang lain?
Mungkin faktor utama adalah berdasarkan pengetahuan (ilmu) dan pengalaman yang saya aa sebelum ini..
Tatkala pertama kali dan kali kedua membacanya, saya masih dalam pengetahuan sifar tentang 'jalan' ini...
Yer la, mana pernah didedahkan lagi dengan perkara-perkara sebegini di sekolah. Cuma yang ada adalah masing-masing sibuk nak bergaut dengan cinta monyet yang entah di mana kesudahan..
Yang masing-masing ingin bercinta monyet kerna masyarakat telah menganggapnya sebagai satu norma identiti yang semua orang mesti melaluinya....

Sekali lagi saya persoalkan, adakah salah fahaman saya tatkala saya membaca novel ini buat kali pertama dan kedua?
Fahaman saya ialah tentang cinta, atau lebih senang, kapel islamik...
Pada pembacaan kali ketiga, baru saya berjumpa dengan dakwah dan tarbiyah (DnT) dalam jalan cerita itu...


****************************************************

Ibrah (Pengajaran) Dari Sebuah Realiti...

Mungkin ramai yang tertanya objektif saya menulis catatan ini...

Saya menulis sebegini dengan penuh bersebab...

"Kenapa classmates aku problem eh kalo borak pasal objektik hidup, diorang ni masih cam bluurrrrrr ajer!!"

"Room-mate aku tanak ikut usrah! Susah larrr!!!"

Mungkin itu benda-benda biasa yang pernah kita dengar...
Sebab saya pernah mendengar 2 komen di atas disebutkan...

Cuma ingin saya tanya balik diri pembaca semua, salahkah mereka masih tak faham tujuan hidup yang sebenar seiring dengan surah al-Baqarah, surah ke-2, pada ayat ke-30 dan tujuan kedua yang terletak pada surah Az-Zaariyat, surah ke-51, pada ayat ke-56???
Refer sendiri 2 ayat yang saya maksudkan, eh?   (^^,)V

[Sighhhhh......]

Kadang-kadang, tak perlu salahkan orang sekeliling kita kerna mereka tak dapat apa yang kita dapat tatkala kita join usrah yang sebenar. Malah mungkin salahkan diri kita kerna kita yang tidak tarik mereka masuk ke dalam apa yang kita dapat...
Salah kita kerna segan untuk bicara pasal usrah dan benda-benda yang menarik dalam usrah kepada sahabat-sahabat kita, kepada room-mate kita, kepada classmates kita...
Salah kita sendiri kerna tidak menunjukkan impak positif yang terbesar yang terhasil kerna kita join usrah...
Malah mungkin kadang-kadang kerna bajet terlalu tangkas, kita melakukan beberapa kesilapan yang menimbulkan rasa tidak senang kepada mereka yang masih belum menyertai usrah...
Dan saya sendiri tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini...
Malah mungkin saya ulang kesilapan ini berulang kali...
[Sighhhhh...]

Kesimpulan?

In a nutshell (tiba-tiba bajet skema!), 
Mungkin dah sampai masanya kita tarik mereka yang kita sayang ke dalam usrah. Adik-adik kita sendiri, keluarga kita sendiri, sahabat-sahabat kita sendiri, biarkan mereka merasai tempias 'kesejukan' kita yang telah menyertai usrah...
Mungkin terlalu susah untuk tarik mereka ke dalam sistem ini sebab kerjanya berfokus, maka biarkan mereka merasai keharuman kita...
Sekurang-kurang keluarga kita terasa tenang melihat kita yang kian berubah menjadi baik setelah menyertai arena ini...

Dan bagi yang teringin join usrah...
Errr, anda tahu bahawa sistem ini wujud di sekeliling kita...
Lebih-lebih lagi yang sedang berada di kampus-kampus universiti atau kolej...
Usah dipertikai tentang pilihan organisasi yang banyak dan berbeza, cuma join yang mana anda terasa dekat di hati dan selesa bersama mereka...

Jom! Jom!
Siyes siyes siyes...

"MELAHIRKAN GENERASI REMAJA SUPER YANG HEBAT, MAKA SEGALANYA BERMULA DENGAN USRAH KITA...
BUKAN DIA SEORANG...
BUKAN MEREKA...
BUKAN AKU...
TAPI KITA !!!!

(^^,)V 

Peaceeeee............

Sudahkah anda menyertainya??
Jom...
Hehe...

Saturday, March 26, 2011

Dedikasi Khas Buat Mereka...

20:09
Sabtu
26 Mac 2011

Bismilahirrahmanirrahim...

Pesanan khas:
Post kali ini bukan menyentuh tentang sebarang pemikiran. Cuma, bagi yang tidak pernah mengalami sebuah erti kehidupan di bumi SMACH mungkin tidak akan faham langsung dengan perkara-perkara yang dicatatkan.
Sebab? Catatan kali ini menyentuh tentang sisi kehidupan di SMACH, menyentuh khas tentang kehidupan seorang pelajar yang menyertai SMACH Wind Orchestra...
Harap maaf, kesulitan amat dikesali...



*************************************************************

Saya tinggalkan bumi Labok itu dengan seribu satu kenangan yang mengungkap memori sebuah kehidupan. Bumi itu yang penuh dengan nostalgia, yang penuh dengan kelapa sawit, yang penuh dengan memori yang banyak mengajar erti sebuah kematangan bagi permulaan sebenar satu kehidupan. Segala pahit manis yang berlaku diterima dengan terbuka, sebab semua itu adalah satu permulaan dalam memahami realiti, bahawa segala yang berlaku itu bukan diminta, tapi telah disusun dan penuh dengan ibrah (pengajaran) di sebaliknya...

Dalam kenangan manis yang tak kenal henti itu, tak dinafikan saya sedikit kecewa. Sedikit? Entah, mungkin lebih baik saya katakan sedikit kecewa, walau kadang-kadang terlalu pahit untuk ditelan, walau kadang-kadang terpaksa memendam emosi itu dengan berat. Dan saya faham, bahawa bukan saya seorang yang mengalaminya, tapi ia adalah sebuah realiti kepahitan bagi yang pernah bersama dengan kami di bawah satu bumbung kelab yang teristimewa ini, bagi saya...

Dicemuh? Perkara biasa...
Dihina? Rilek ajer...
Dipandang rendah? Hmm, sabor jelah...

Berbumbungkan sebuah organisasi yang banyak membawa erti sebuah persahabatan dalam hidup saya ini bukan umpama berada di jalan yang manis. Sebab masing-masing tahu bahawa mereka perlu menghadapi risiko terbesar berada dalam organisasi ini. Banyak kata-kata dan benda yang tidak enak diperkatakan oleh komuniti pelajar itu sendiri, dan lebih menyedihkan kadang-kadang ia bukan setakat datang dari insan yang bernama pelajar, tapi dari pihak tertentu sendiri yang bukan bergelar seorang pelajar...


Dengan berpaksikan rangkai kata "Ready For Whatever Comes Next"...

Sudah bertahun saya tinggalkan bumi SMACH, mungkin dalam 3 tahun yang lepas. Namun, walaupun diri saya ini bukan lagi pelajar SMACH, tapi dari sudut yang lain, saya masih lagi ahli kepada organisasi ini. Tidak tergamak untuk meletakkan diri ini sebagai bekas ahli organisasi ini. Dan saya bukan berseorangan, malah berani saya katakan, kami semua...
Ya, KAMI SEMUA....
Yang pernah memegang alat muzik sepanjang berada dalam organisasi ini, mana mungkin kan menganggap dirinya telah keluar daripada organisasi ini. 

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang...

Ecece... Ala-ala 'Medley Lagu P Ramlee' yang dimainkan di pentas Wind Orchestra SBP pulak bunyinya...

Kenapa cukup berani saya nyatakan sedemikian?

Sebagaimana telah saya catatkan di atas, dihina, dicaci, dipandang rendah, baik dari golongan pelajar atau bukan pelajar, bukan satu benda yang ringan untuk ditanggung. Entah, saya tak faham punca apa yang menyebabkan itu berlaku.
Apa faktor yang menjadikan organisasi ini menjadi sedemikian rupa?
Hasad dengki? Entah, mengharapkan mereka yang membenci mempunyai hujah yang baik dalam tindakan mereka kerna bimbang jiwa-jiwa yang terguris kasar yang berjuang untuk organisasi ini kan menjadi sumber masalah utama di 'Mahkamah Sebenar' di sana kelak... Di hari tiada lagi bantuan akan diberikan (faham ke?)

Memang pahit untuk menelan hakikat bergelar sebagai ahli SMACH Wind Orchestra, sebab ujian mendatang bukan sedikit. Sekali join organisasi ini, kan terus 'dipandang pelik' hingga ke hujung waktu berada di SMACH. 

Cuma kadang-kadang saya cukup kecewa...
Sangat-sangat kecewa...

Andai yang membenci organisasi ini adalah pelajar, saya tak kisah, Saya faham bahawa mereka telah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Bahawa memang ideologi azali pelajar akan memandang gelap terhadap organisasi ini. Tapi, andai persepsi negatif ini datang dari golongan profesional, maka saya kan merasa aneh dengan segala yang berlaku...

Bagi para pelajar, mereka membenci organisasi ini atas sebab-sebab tertentu...
Katanya, ramai ahli-ahli organisasi ini yang berperwatakan lembut...
[Sighhhhh.....]
Biarkan apa mereka kata, sebab bagi kami yang berada dalam organisasi ini, tidak pernah rasa menyesal menyertainya..
Sebab bukan semua ahli yang begitu...
Saya ulang, BUKAN SEMUA.....

Tapi bagi para profesional yang membenci organisasi ini, saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka berbuat demikian...

Dan saya tinggalkan jawatan separuh masa sebagai ahli setelah keluar dari SMACH (Separuh lagi sebagai pelajar). Sungguh, hari ini saya mendapat tahu masalah yang sama. Masalah golongan profesional yang tidak bertindak dengan profesional dalam menilai organisasi ini.  Sedih!Sebab mereka yang berada dalam organisasi ini adalah pelajar, bukan pekerja, bukan majikan mana-mana syarikat, bukan juga wakil rakyat parti politik.
Tapi mereka adalah pelajar, remaja-remaja yang sedang membangun jiwanya dalam membentuk peribadi mereka sebagai persiapan menghadapi realiti hidup yang sebenar...

Sudah bertahun-tahun dengan masalah yang sama! Dibenci oleh golongan beberapa golongan profesional. Mengharapkan bila perkara itu akan berhenti, demi kebaikan ahli yang berada dalam organisasi ini...


Dari Sisi Cahaya...

Kepada adik-adik terchenta yang masih lagi memperjuangkan organisasi ini, syabas saya ucapkan sebab anda memang mempunyai emotional management yang agak mantap!

Secara peribadi bagi saya, saya tidak pernah menyesal berada dalam organisasi ini. Banyak mengajar saya erti sebenar kasih sayang antara junior dan senior. Tanpa kuasa seniority melampau sebagaimana kelab-kelab dan persatuan lain di bumi hijau SMACH. Tatkala meeting, adik Form 1 duduk lepak sebelah abang Form 5. Siap boleh bergurau senda tanpa mengira erti "Aku senior engko! Respect la sikit!".



Cuma bagi Form 1 yang baru menyertai, mungkin agak terkejut kerna senior-senior ini menjadi 'sedikit brutal' masa latihan. Denda sebegitu sebegini andai tidak mampu melaksanakan task yang diberi. Itu biasa! Saya masih ingat, 'Pak Su Amin' (hehe...), soh 'ketuk ketampi' dengan angkat trombone atas kepala, sebab masih tak reti-reti nak main beberapa line dalam skor muzik Alvamar Overture, lagu Wind O tahun 2005. Tapi itu yang menyebabkan saya sempat kejar mereka yang seusia dengan saya tatkala itu. Hakikatnya, saya join SMACH Band hampir penghujung tahun masa Form 1, bukan masa bulan Januari, tapi selepas berakhirnya Wind O bulan Julai....


Penyelesaian Masalah???

Ingin perkatakan satu benda buat adik-adik di sana yang masih berada dalam organisasi ini, tolong jaga hati Cikgu Noriman! Tolong sangat-sangat!

Di mana lagi boleh di cari insan sebegini? Sanggup pulang ke rumah lewat malam semata-mata mengajar anak didik? Sanggup stay di sekolah waktu cuti walau hakikat guru-guru lain sedang berehat.. Di mana boleh dicari ganti ini?

Tolong sangat-sangat! Jangan dikecewakan hati insan yang seorang ini!

Tak pernah kenal letih+jemu...
Timo kasih, cikgu...^^-


Tentang masalah dengan komuniti pelajar yang anti-SMACH Band? Biarkan ajer mereka. Mereka kutuk, yang dapat sijil kita, yang dapat maruah sebab saban tahun menigkatnya kualiti hingga berjaya masuk final pada tahun lepas (2010) dan mula merasa emas bermula tahun 2009, adalah kita...
Biarkan mereka dengan masalah mereka...

Tentang masalah dengan golongan profesional yang 'pelik' ini, biarkan ajer mereka. Bukan mereka yang membeli alatan beribu-ribu ringgit itu, bukan mereka yang bersengkang mata mengajar kita, bukan kita menyusahkan mereka dalam segala gerak kerja kita, dan mereka ini hanya tahu mengkritik, biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri. Usah dipeduli dengan orang yang menyibuk pada urusan apa ini...
Biarkan...
Biarkan...

Teruskan kita dengan diri kita, sebab mulut manusia tidak boleh ditutup. Teruskan buat adek-adek terchenta, kami ex-SMACH Band kan terus menyokong dari belakang...
Dan walau dari jauh...


Untuk Ex-SMACH Band...

Buat kita...
Kerna faham erti sayang, kita masih sanggup mengambil berat pada mereka...
Kerna faham erti sayang, sanggup meredah hujan  lebat semata-mata pergi ke sekolah untuk bersama mereka anda tahu adai Band Camp...
Kerna faham erti sayang, sanggup menaiki bas dan berpanas dalam bas lamanya untuk menemui mereka di SMACH...
Kerna faham erti sayang, sanggup turun padang masa Wind O walau masing-masing bukan lagi SMACHianz...
Kerna faham erti sayang, sanggup call adik-adik yang masih berjuang di sana...
Semuanya kerna erti sebuah kasih sayang yang sebenar...
Yang kita rasa bersama...

Dan semestinya...
Kerna faham erti hormat, kita masih contact Cgu Noriman, walau masing-masing dah bersepah di mana-mana...

Teruskan dengan begini...
Sebab kita pernah bersama mainkan lagu yang sama...
Saling melengkapi satu sama lain...
Dalam semibrif Alvamar Overture...
Dalam krocet Rasa Sayang...
Dalam remangan bulu roma Ulik Mayang...
Dalam bass line Ross Roy...
Dalam hampir-hampir menyentuh emas masa Flight of Valor...
Dalam lucu-lucu semasa di pentas sebelum perform lagu Handerson Overture...
Dan dalam ape-ape lagi yang berkenaan lagu yang pernah dimain bersama...
Dalam kelelahan marching di function2 yang dijemput...

Dan paling terharu, dalam titisan air mata setiap kali keputusan Wind Orchestra diumumkan...
Dalam pelukan kesedihan dengan cikgu...
Dalam segala itu..
Ada kemanisan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata...

Cewahhhh...Bermadah bersemi, you!

Rindu sek mung belako! Sero nok kumpul sumo sekali, tapi tahu tu tokkey jadi pah bilo2...
(^_^)V

Merindui zaman kegiloan dulu-dulu, kadang-kadang...

Maap andai semasa zaman pemerintahan ada terguris hati,
terkata tang mano2...

Dok UTP, gano nok contact Ir Zakirin nih???
Ado sesapo tahu?



Wednesday, March 23, 2011

Siri-Siri Pecutan Terakhir...

13:30
Rabu
23 Mac 2010

Bismillahirrahmanirahim...

Senggang masa antara post semakin bertambah...
Mungkin hampir-hampir sahaja ianya bersawang...
Kenapa?
Masa antara pertemuan antara saya dan 'dia' semakin hampir...
Degup jantung ini makin bertambah, (tapi blood pressure makin turun dah sikit eh..)
Kadang-kadang tersedar dengan sendirinya di tengah malam...
Sering pertemuan dengannya terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi...
Dihantui?
Tak jugak...
Sebab saya yang memilih untuk bertemu dengannya...

Kadang-kadang terasa terlalu nervous...
Memang tak dapat dinafikan?
Adakah saya seorang yang merasakannya?
Atau sahabat-sahabat yang lain juga?

Hari-hari yang mendatang...
Somoga kan terus bermakna...
Sebab segalanya kan hampir ke penghujungnya...
'Final battle' itu akan berlaku jua akhirnya...
Dan masanya tidak lama lagi...

Mohon doa pada semua...
Mohon seribu kemaafan...
Sebab diri ini terlalu banyak melakukan kesilapan...
Seolah-olah tak pernah belajar dari kesilapan lalu...
Entah...

Alhamdulillah...
Ikhwah yang wujud sentiasa menjadi motivasi...
Melihat tunas-tunas itu sedang bercambah...
Semoga semuanya kan terus menjadi lebih matang di sini...
Walau hanya dalam tempoh masa 2 tahun...

Final exam itu semakin dekat...
Sangat-sangat dekat...
Semoga baki-baki yang tinggal ini menjadi pecutan terakhir...
Pecutan yang gagah untuk impak yang besar....

Mungkin kekerapan menulis akan berkurang seketika...
Sebab sangat bimbang untuk menulis dalam kekalutan...
Bimbang tersalah penggunaan kosa kata...
Yang terhasil hanya salah faham...
Bukan lagi 'Andai Kita Faham'...
Tapi yang jadi, 'Andai Kita Salah Faham'...
Wohoho...                         =_='

InsyaALLAH...

Salam perjuangan menghadapi IB...
Untuk sahabat-sahabat...
Untuk ikhwah...
Semoga kesibukan dalam arena ini bukan penghalang untuk satu kejayaan...
Doakan...

(^_^)V

Final battle semakin hampir...
^^

Wednesday, March 16, 2011

Hanya Sebuah Semangat...

16:05
Rabu
16 Mac 2010

Bismillahhirrahmanirrahim....

Kadang-kadang saya mula terfikir...
Di manakah diri saya sekarang ini?
Maksud saya, ape yang mendorong saya bergerak selama ini?
Adekah kerana sebuah kefahaman yang mantap?
Atau hanya sekadar sebuah semangat?

Memang saya bimbang...
Sangat-sangat bimbang...
Sebab bila direnung balik pada diri ini...
Masih terlalu banyak kekurangan...
Bukan sedikit kekurangannya, tapi masih berlambak...

Bimbang dengan diri sendiri...
Bimbang andai saya bergerak selama ini adalah disebabkan 'trend' sekeliling saya di KMB...
Hanya sekadar sebuah semangat....
Yang hambar, kosong, tanpa sebuah makna kefahaman yang sebenar...

Teringat kata seorang sahabat seperjuangan,
"Antara sebab golongan-golongan yang berjuang yang menjadi futur dan hilang tanpa dapat dikesan tatkala menjengah ke arena kerjaya adalah disebabkan mereka berjuang disebabkan oleh semangat, bukan  kefahaman..."

Bicaranya merujuk kepada geng-geng ikhwah pemula di bumi Malaysia...
Yang satu ketika dahulu bergerak aktif dalam lapangan dakwah di kampus...
Aktif menggerakkan usrah-usrah...
Tapi, hilang tanpa dapat dikesan tatkala mula menjengah masuk ke dunia yang bernama 'kerjaya'...
Seolah-olah segalanya berlaku di luar batasan akal...
Sebab selama ini individu-individu ini sangat-sangat bersemangat....

[Sighhhh]

Merenung balik diri ini...
Adakah saya sendiri kan menjadi begitu?
Nauzubillah....

Hmmmm....
Perlu difikir dan direnung balik...
Check balik niat kot...

Teringat nasihat Akhi Qayyum dari UNITEN...
"Check balik diri kita, bimbang nafas pertama telah tersalah..."

Betul..
Bimbang nafas pertama salah...
Mengikut perjalanan ini disebabkan telah ditarik masuk semasa menyertai kelab sukan...
Atau mengikut disebabkan segan dengan sahabat yang mengajak kita menyertai arena ini...
Bimbang segala gerak kerja ini hanya sebuah ikutan...
Bukan atas kesedaran...

Betulkan balik, Am!!!
InsyaALLAH...
Doakan kami semua....

Bimbang teori hanya tinggal teori,
tanpa makna sebuah praktikal...
(^^,)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...